Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadiri perjumpaan tertutup bagi mendesak pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 27 Mac ini.
Muhyiddin yang digantung jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO itu turut mengesahkan menerima jemputan daripada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim yang merupakan penganjur program tersebut.
"InsyaAllah, sebab sekarang ini pun saya tiada peluang untuk cakap sebegini (dalam sidang media).
"Maksud saya, kalau majlis itu tujuannya baik, saya telah diberitahu oleh Datuk Zaid Ibrahim dia hendak adakan perhimpunan ini bertujuan untuk mengumpulkan beberapa ahli-ahli pejuang dalam negara kita untuk menyuarakan bantahan terhadap kepimpinan, jadi saya fikir kita sehaluan.
"Jadi atas dasar itu, Insyallah saya akan hadir," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Jumaat lalu, mesyuarat MT UMNO yang dipengerusikan Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggantung jawatan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO.
VIDEO: Sebab mengapa Muhyiddin Yassin mahu terus kekal dalam UMNO
BACA: Saya terus kekal dalam UMNO, tidak terbabit konspirasi jatuhkan Najib - Muhyiddin
BACA: Muhyiddin rujuk RoS isu penggantungan jawatan Timbalan Presiden UMNO
Harits Asyraf Hasnan
Thu Mar 03 2016
Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadiri perjumpaan tertutup bagi mendesak pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 27 Mac ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
COVID-19: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 ditangguh
Keputusan menangguhkan PBAKL 2020 dibuat dalam satu mesyuarat jawatankuasa penganjur pagi ini.
Muhyiddin akan hadir perhimpunan desak pengunduran Najib
"InsyaAllah, sebab sekarang ini pun saya tiada peluang untuk cakap sebegini (dalam sidang media)," kata Muhyiddin.