awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin gesa pihak bertanggungjawab siasat Eric Paulsen

Bernama
Bernama
12/01/2015
10:02 MYT
Muhyiddin gesa pihak bertanggungjawab siasat Eric Paulsen
MUHYIDDIN: Perbuatan Paulsen itu perlu diberi perhatian dan tindakan sewajarnya mesti diambil.- Foto Fail
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa pihak berkuasa menyiasat Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen, ekoran kenyataannya yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosi fahaman ekstremis di negara ini.
Muhyiddin ketika diminta mengulas catatan Twitter Paulsen berkaitan perkara itu berkata perbuatan Paulsen itu perlu diberi perhatian dan tindakan sewajarnya mesti diambil.
"Islam bukan ektremis, sejak bila pula orang kita (rakyat Malaysia) bertindak luar biasa. Islam adalah agama yang paling sederhana," katanya dalam sidang media selepas melakukan tinjauan hari pertama sesi persekolahan 2015 di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya dan Sekolah Menengah Cyberjaya di sini hari ini.
Muhyiddin berkata dakwaan kononnya khutbah Jumaat diseleweng tidak harus timbul kerana khutbah ialah rukun solat yang menyentuh perkara bukan sahaja berkisar tentang konteks kehidupan Islam malah merangkumi isu kemasyarakatan dan kemanusiaan.
"Paulsen mungkin tidak tahu langsung tentang ini atau dia tidak mendalami soal Islam," katanya.
Paulsen mengeluarkan kenyataan menuduh Jakim menyebarkan fahaman ekstremis pada setiap Jumaat menerusi akaun Twitternya pada 9 Jan lepas.
Topic Berkaitan
#eric paulsen
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan