MALAYSIA
Muhyiddin kecam pendakwaan terhadap Hilman, anggap ia 'tindakan hipokrit'

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengecam tindakan pendakwaan ke atas Ketua Pemuda Bersatu, Hilman Idham berhubung ucapannya membantah Akta Hasutan dalam sebuah perhimpunan, bulan lalu. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengecam tindakan pendakwaan ke atas Ketua Pemuda Bersatu, Hilman Idham berhubung ucapannya membantah Akta Hasutan dalam sebuah perhimpunan, bulan lalu.
Ringkasan AI
- Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengecam pendakwaan ke atas Ketua Pemuda Bersatu, Hilman Idham berhubung ucapan bantahan terhadap Akta Hasutan.
- Muhyiddin mendakwa kerajaan hipokrit kerana pernah berjanji menghapuskan akta itu tetapi kini mendakwa pengkritiknya.
- Hilman, ADUN Gombak Setia, akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas kenyataan yang didakwa menimbulkan kegusaran awam.
“Inilah hipokrasi yang paling nyata. Bukan sahaja kebebasan bersuara tidak lagi dilindungi, malah undang-undang yang dahulunya dikatakan zalim kini dilindungi oleh undang-undang,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Rentetan itu, Muhyiddin mendoakan agar Hilman bersama kepimpinan Armada terus cekal menghadapi ujian ini sambil menyifatkan ia sebagai "tindakan hipokrit".
Hilman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia akan didakwa jam 9 pagi pada Rabu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di bawah Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mendatangkan kegusaran awam.
Dalam ucapannya ketika perhimpunan di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 29 Julai lalu, Hilman membidas penahanan beberapa ahli parti politik, dipercayai berkaitan himpunan ditunjangi Pas beberapa hari sebelum itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami