MALAYSIA
Akmal Saleh, Hilman akan didakwa kerana gugat ketenteraman awam - AGC

Akmal Saleh dan Hilman Idham akan didakwa dalam masa terdekat berhubung kenyataan mereka yang didapati menggugat ketenteraman awam. - Gambar fail
SHAH ALAM: Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan beberapa individu termasuk Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhammad Hilman Idham akan didakwa dalam masa terdekat berhubung kenyataan mereka yang didapati menggugat ketenteraman awam.
Ringkasan AI
- Jabatan Peguam Negara (AGC) sahkan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dan Ketua Armada Bersatu Muhammad Hilman Idham akan didakwa kerana kenyataan yang mengganggu ketenteraman awam.
- Seorang lagi, Siti Hajar Aflah Sharuddin turut berdepan pertuduhan sama, manakala S Chandrasegaran dituduh bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.
- Semua pertuduhan akan dibawa ke Mahkamah Majistret dalam masa terdekat.
Seorang lagi individu, Siti Hajar Aflah Sharuddin turut berdepan pertuduhan sama susulan hantaran yang dibuat melalui akaun TikTok ‘SHA Abrienda’.
S Chandrasegaran pula akan dituduh di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] berhubung hantaran yang dibuat melalui akaun TikTok ‘cikguchandra3’.
“Semua pertuduhan akan dikemukakan di Mahkamah Majistret yang mempunyai bidang kuasa setempat (local jurisdiction) dalam masa terdekat.
“Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh kesemua individu terbabit didapati telah menggugat ketenteraman awam atau merupakan penggunaan yang tidak wajar terhadap kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” jelasnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami