KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memfailkan permohonan bagi membatalkan empat pertuduhan yang mendakwa beliau menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Muhyiddin, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, memohon agar beliau dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan yang dikenakan terhadapnya pada 10 Mac lepas selain prosiding kes tersebut di Mahkamah Sesyen ditangguhkan.
Menerusi afidavit sokongan yang difailkan bersama notis usul itu, beliau mendakwa keempat-empat pertuduhan adalah cacat dan tidak sah di sisi undang-undang.
"Ia bercanggah dengan Seksyen 152 Kanun Tatacara Jenayah kerana tiada mana-mana satu pun daripada empat pertuduhan itu mendedahkan kesalahan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," dakwanya.
Muhyiddin, 75, sebagai Perdana Menteri (ketika itu) dan Presiden Bersatu, didakwa telah menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi parti tersebut.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021 mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.
Muhyiddin turut berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Bersatu.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Feb 2021 dan 16 Julai 2021 serta 8 Feb dan 8 Julai 2022 mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Ahli Parlimen Pagoh itu juga didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac lepas atas satu pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2023

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memfailkan permohonan bagi membatalkan empat pertuduhan yang mendakwa beliau menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). - Gambar fail/Sinar Harian

Berita Biden hidap kanser “sangat sedih”, tetapi kenapa tidak didedahkan lebih awal? - Donald Trump
Presiden AS 'tuduh' doktor yang jalankan pemeriksaan ke atas Biden ketika masih berkhidmat sebagai Presiden gagal mengesan kanser tersebut.

Seorang maut, empat cedera nahas beberapa kenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai pemandu treler yang sedang membawa muatan batu kapur dari Simpang Pulai, Ipoh.
Ukraine, Rusia akan mula rundingan gencatan senjata segera - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Isnin mengumumkan bahawa Rusia dan Ukraine akan memulakan rundingan segera ke arah gencatan senjata dan menamatkan konflik yang telah berlarutan selama tiga tahun.
UK, EU capai perjanjian penting sejak Brexit
Britain dan Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin mencapai perjanjian semula paling signifikan sejak Brexit.
Houthi umum sekatan maritim pelabuhan Haifa, Israel
Kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yaman umum sekatan maritim ke atas pelabuhan Haifa di Israel pada Isnin.

Israel benarkan bantuan ke Gaza, PBB sifatkan "setitis dalam lautan"
Lima lori bantuan yang membawa makanan bayi dan bekalan asas telah dibenarkan memasuki Gaza melalui lintasan Kerem Shalom pada Isnin.
Britain, Perancis, Kanada ugut Israel henti serangan di Gaza
Pemimpin tertinggi Britain, Perancis dan Kanada pada Isnin mengeluarkan kenyataan bersama memberi amaran kepada Israel agar menghentikan serangan ketenteraan terbaharu di Gaza dan menarik balik sekatan bantuan kemanusiaan.
Sepanyol desak Israel dikecualikan daripada acara budaya
Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, pada Isnin menggesa agar Israel dikecualikan daripada menyertai acara budaya antarabangsa seperti pertandingan Eurovision susulan kempen ketenteraan negara itu di Gaza.

Jejak Al-Haramain: Che Lah sempat bergambar sebagai kenangan
Allahyarham suka bergambar sejak di Madinah lagi dan sering menggunakan alasan sebagai kenangan peribadi.
Kementerian Perpaduan Negara lulus RM2.1 juta untuk program misi Sukarelawan Siswa
Kementerian Perpaduan Negara meluluskan RM2.1 juta bagi memperkasa program MADANI Berkhidmat Sukarelawan Siswa dan inisiatif kesukarelawanan di dalam dan luar negara.

“Jangan bunuh angsa emas negara” – Pembangkang sokong Petronas, akui tuntutan Sarawak wajar
Beberapa Ahli Parlimen pembangkang menyuarakan sokongan terhadap Petronas dalam pertikaian dengan Petros, sambil mengiktiraf hak Sarawak.

Muhyiddin sekali lagi mohon pindah kes salah guna jawatan, pengubahan wang haram ke Mahkamah Tinggi
Muhyiddin sekali lagi mengemukakan permohonan supaya tujuh kes menyalahgunakan kedudukan dan menerima wang daripada aktiviti haram dihadapinya, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Permohonan Muhyiddin rujuk isu Akta Hasutan akan didengar hakim lain
Amer Hamzah yang mewakili Muhyiddin dalam hujahnya berkata persoalan undang-undang itu timbul susulan kes hasutan yang sedang dihadapi oleh anak guamnya.

PRK Ayer Kuning: Tun Faisal sanggah saranan penganalisis agar Muhyiddin letak jawatan
Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata kekalahan PN di PRK DUN Ayer Kuning tiada kaitan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mahkamah benarkan Muhyiddin dapat sementara pasport untuk lawat kakak ipar sakit
Mahkamah benarkan permohonan Muhyiddin untuk mendapatkan sementara pasport antarabangsanya bagi melawat kakak iparnya yang sakit di Australia.

Muhyiddin nafi terlibat buat keputusan pengambilan tanah Kampung Sungai Baru
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan beliau bertanggungjawab membuat keputusan berhubung pengambilan tanah Kampung Sungai Baru.

Kes hasutan: Pendakwaan akan fail bantahan awal terhadap permohonan Muhyiddin
Pihak pendakwaan akan mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan Muhyiddin bagi merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Bicara kes salah guna jawatan, pengubahan wang haram Muhyiddin bermula 17 Sept
Perbicaraan kes menyalahgunakan kedudukan dan menerima wang daripada aktiviti haram dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermula 17 Sept ini.

Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.

Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.