awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin mungkin jalani kemoterapi - Tun M

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
10/08/2018
20:34 MYT
Muhyiddin mungkin jalani kemoterapi - Tun M
Muhyiddin mungkin akan akan bercuti lebih lama lagi kerana perlu menjalani rawatan kemoterapi. -Gambar fail
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin akan akan bercuti lebih lama lagi kerana perlu menjalani rawatan kemoterapi, kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, Muhyiddin perlu menjalani rawatan kemoterapi selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas pada bulan lalu.
“Penyakit seumpama ini memerlukan tempoh rawatan yang panjang. Beliau akan menjalani rawatan susulan. Beliau mungkin jalani kemoterapi,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepemimpinan Tertinggi Bersatu di sini, malam tadi.
Muhyiddin yang juga ahli parlimen Pagoh itu bercuti sejak 12 Julai lalu bagi mendapatkan rawatan di Singapura dan sepatutnya kembali bertugas dalam tempoh sebulan lagi.
Tugas sebagai Menteri Dalam Negeri kini dipangku oleh Dr Mahathir.
Topic Berkaitan
#Dr Mahathir Mohamad
#Johor
#kemoterapi
#Malaysia
#Menteri Dalam Negeri
#Muhyiddin Yassin
#Pagoh
#pankreas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan