awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin nafi ada kaitan dengan MYAirline

Firdaus Azil
Firdaus Azil
18/10/2023
08:28 MYT
Muhyiddin nafi ada kaitan dengan MYAirline
Muhyiddin berkata, kenyataan itu dilakukan susulan ada pihak yang cuba mengaitkan dirinya dengan kemelut yang melanda MYAirline. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan beliau ada kaitan dengan syarikat penerbangan yang digantung operasi, MYAirline, atau mana-mana pemegang saham syarikat tersebut.
Dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook beliau pada Rabu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau juga tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai latar belakang syarikat tersebut.
Muhyiddin berkata, kenyataan itu dilakukan susulan ada pihak yang cuba mengaitkan dirinya dengan kemelut yang melanda MYAirline.
“Carian saya menunjukkan bahawa syarikat ini mendapat kelulusan bersyarat lesen perkhidmatan udara pada 22 Disember 2021 iaitu semasa saya tidak lagi menjadi Perdana Menteri.
“Penglibatan firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership (RDS) sebagai peguam bagi pihak pemegang saham syarikat MYAirlines tidak boleh dikaitkan dengan saya. RDS sebagai sebuah firma guaman berhak untuk mewakili sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat guamannya,” katanya lagi.
Muhyiddin berkata beliau percaya ada pihak-pihak tertentu yang cuba mencemarkan nama baiknya dengan tuduhan jahat, kononnya beliau terbabit dengan syarikat tersebut, dan meminta pihak berkaitan untuk menghentikan politik murahan itu.
Pada 12 Oktober lepas, MYAirline mengumumkan penggantungan operasinya, dan tempoh tersebut akan berlanjutan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Menurutnya, tekanan kewangan menjadi punca keputusan sukar itu terpaksa dibuat selain menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan penjanaan semula modal syarikat itu.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#MYAirline
#Perikatan Nasional
#pemegang saham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan