awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin perlu fokus pertuduhan dihadapi, kurangkan cakap politik - Fahmi

Bernama
Bernama
13/03/2023
07:10 MYT
Muhyiddin perlu fokus pertuduhan dihadapi, kurangkan cakap politik - Fahmi
Fahmi berkata sebagai orang lama dalam dunia politik, Muhyiddin sepatutnya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara lain yang tidak membantu menyelesaikan masalah rakyat. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu fokus kepada pertuduhan dihadapinya di mahkamah dan bukannya berpolitik sepanjang masa, kata Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil.
Fahmi berkata sebagai orang lama dalam dunia politik, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sepatutnya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara lain yang tidak membantu menyelesaikan masalah rakyat pada ketika beliau sedang berdepan pelbagai pertuduhan.
"Janganlah berpolitik sahaja Tan Sri, nak politik lagi tunggulah PRN (Pilihan Raya Negeri), tak usahlah usaha tebuk atap ke, guna pintu belakang ke atau buat komen politik, kita kurangkan, ini pun titah Raja-Raja Melayu," katanya.
Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi dan Digital, berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan banjir serta mengadakan lawatan ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Kampung Sungai Tiram di sini hari ini.
Beliau ditanya pemberita mengenai laporan media semalam berkaitan keputusan Muhyiddin untuk tidak meletak jawatan sebagai presiden Bersatu, yang disifatkan bekas Perdana Menteri itu selaras dengan kehendak Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2022.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Pagoh itu ketika mengumumkan peletakan jawatan Datuk Wan Saiful Wan Jan sebagai Ketua Penerangan Bersatu, dilapor berkata ia amalan standard bagi mana-mana ahli parti yang berhadapan dengan tuduhan di mahkamah untuk meletak jawatan supaya tidak menimbulkan salah pandangan terhadap Bersatu.
Hari ini, Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta.
Jumaat lepas, beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Fahmi Fadzil
#kes mahkamah
#Jana Wibawa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan