awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin peroleh pasport, boleh ke Thailand rasmi restoran rakan

Sinar Harian
Sinar Harian
08/02/2024
05:00 MYT
Muhyiddin peroleh pasport, boleh ke Thailand rasmi restoran rakan
Pasport Muhyiddin (foto) ditempatkan dalam simpanan mahkamah sebagai syarat tambahan untuk jaminan berhubung tiga pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) melibatkan lebih RM200 juta yang dihadapinya. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: [DIKEMAS KINI] Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis membenarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan semula pasportnya sekali gus membolehkan bekas perdana menteri itu memulakan perjalanan untuk merasmikan restoran milik rakannya di Bangkok, Thailand minggu depan.
Hakim, Azura Alwi memerintahkan pasport itu dilepaskan secara sementara dan ia perlu dikembalikan kepada mahkamah pada 23 Februari ini.
Pasport Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu ditempatkan dalam simpanan pihak mahkamah sebagai syarat tambahan untuk jaminan berhubung tiga pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) melibatkan lebih RM200 juta yang dihadapinya.
Semasa prosiding, Azura berkata, walaupun Muhyiddin, 76, memohon untuk mendapatkan semula dokumen perjalanannya, bukan keperluan yang mendesak, namun mahkamah mempunyai budi bicara dan mempertimbangkan keadaan dalam sesuatu kes.
"Meskipun pemohon dikenakan sekatan dan syarat jaminan, namun beliau tidak wajar dihalang daripada menjalani kehidupan dan tanggungjawabnya seperti biasa.
"Ia selagi mana beliau tidak disabitkan atau didapati bersalah bagi pertuduhan terhadapnya," katanya.
Beliau berkata, mahkamah juga mendapati tiada bukti Muhyiddin selaku pemohon mempunyai risiko untuk melarikan diri.
Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memfailkan permohonan itu pada 31 Januari lalu di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen di sini.
Dalam afidavit sokongan yang diikrarkannya, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, tiket perjalanan ke Bangkok pada 15 Februari ini telah ditempah dengan ditemani isteri manakala mereka dijangka pulang ke tanah air pada 21 Februari.
Muhyiddin berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu.
Ahli politik itu didakwa melakukan perbuatan terbabit di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Februari dan 16 Julai 2021 serta 8 Februari dan 8 Julai 2022.
Muhyiddin juga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama.
Pada 15 Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti itu berkaitan projek Jana Wibawa. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#peroleh pasport
#Thailand
#rasmi restoran rakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan