Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa meluahkan rasa dukacita dengan pencerobohan di tanah tinggi Cameron Highlands yang terus berlaku meskipun operasi penguatkuasaan giat dijalankan.
Timbalan Perdana Menteri berkata lebih membimbangkan lagi apabila pihak berkenaan begitu berani sehingga mencabar pihak berkuasa dan jika keadaan ini berterusan beliau tidak pasti sehingga bila keadaan tanah yang masih ada di Cameron Highlands boleh bertahan.
"Saya agak dukacita... walaupun sudah tahu berkenaan pencerobohan ini tetapi apabila melihat secara dekat hampir sebahagian kawasan yang ditutup plastik merupakan kawasan pertanian yang diceroboh dan pencerobohan berlaku semasa proses penguatkuasaan terhadap penceroboh sedang berjalan.
"Sudah dua hari saya berada di sini dan dapat lihat Cameron Highlands sudah parah dan jika tidak ada satu tindakan tegas dan berkesan diambil, saya tak tahu berapa lama lagi kawaasan ini boleh bertahan," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan mengejut ke Cameron Highlands untuk melihat perkembangan terkini usaha baik pulih dan pemantauan pihak berkuasa berikutan insiden banjir lumpur dan tanah runtuh di kawasan peranginan itu pada November tahun lepas.
Muhyiddin, yang juga pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Banjir Kilat di Cameron Highlands, berkata walaupun lebih 500 pegawai dan kakitangan daripada pelbagai jabatan dan agensi terlibat dalam operasi membersih dan membanteras penerokaan tanah, namun beliau mendapati ia belum memadai.
Ini, katanya, memandangkan akibat daripada aktiviti pencerobohan adalah teruk dan memberi kesan yang membimbangkan kepada alam sekitar.
Beliau bagaimanapun yakin penguatkuasaan yang berkesan boleh dilaksanakan dengan menambah petugas penguatkuasa serta memperbanyakkan alatan yang boleh membantu dalam kerja-kerja penguatkuasaan.
Antara perkara yang boleh dilaksanakan adalah mewujudkan pos-pos kekal di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan pencerobohan dengan meletakkan pegawai penguatkuasa sehingga proses penguatkuasaan dan pembersihan yang sedang dilaksanakan selesai dijalankan, kata timbalan perdana menteri.
Beliau berkata perkara itu akan diputuskan selepas mendapat pandangan daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan kerajaan negeri Pahang pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Banjir Kilat di Cameron Highlands akan datang.
Muhyiddin berkata langkah itu bagi memastikan pemantauan lebih ketat dapat dilakukan kerana dikhuatiri pencerobohan boleh berulang walaupun tindakan telah diambil.
Bagi mengelak insiden ancaman terhadap pihak berkuasa terus berlaku, timbalan perdana menteri berkata beliau akan mencadangkan supaya kawasan-kawasan yang sering berlaku kejadian itu diwartakan sebagai kawasan keselamatan. "Langkah ini perlu diperhalusi seperti keperluan membentuk pasukan khas bagi menjaga kawasan itu daripada dimasuki pihak luar sekali gus boleh menyekat penceroboh daripada memasuki kawasan tumpuan berkenaan," katanya.
Ditanya apakah hasrat mengembalikan Cameron Highlands sebagai kawasan pelancongan unggul dapat dicapai segera, Muhyiddin berkata beliau tidak optimis perkara itu dapat dilakukan sehinggalah kerja-kerja penguatkuasaan menghalang pencerobohan dapat dilakukan sepenuhnya.
Kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di Cameron Highlands pada 5 Nov lepas, mengakibatkan lima kematian dan lebih 90 mangsa daripada 28 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan, di Dewan Serbaguna Orang Ramai di Ringlet.
Penerokaan tanah secara haram dikatakan antara faktor berlaku banjir dan tanah runtuh di daerah tanah tinggi ini.
Bernama
Tue Feb 03 2015
MUHYIDDIN: Sudah dua hari saya berada di sini dan dapat lihat Cameron Highlands sudah parah - Foto Bernama
PRK KKB: Jangan mengundi ikut emosi - Azalina
Sebaliknya, beliau berkata, pengundi perlu melihat kepada rekod perkhidmatan penyandangnya yang telah melaksanakan tugasnya dengan baik.
Microsoft labur AS1.7b di Indonesia untuk teknologi awan dan AI
Microsoft bakal melabur AS$1.7 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang bagi pembangunan infrastruktur awan dan kecerdasan buatan di Indonesia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Satya Nadella
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Haiwan turut berisiko hadapi 'strok haba'
Gelombang haba yang melanda seluruh dunia memperlihatkan kesan jelas terhadap alam serta hidupan di muka bumi ini. Di Bangladesh misalnya, pengusaha-pengusaha kedai haiwan mencuba sedaya upaya untuk memastikan haiwan peliharaan di kedai mereka tidak mati dalam cuaca ekstrem ini.
Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark pada aksi akhir kumpulan D
Malaysia dan Denmark masing-masing sudah pun melayakkan diri ke suku akhir selepas mencatat kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong dan Algeria.
Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - mohd na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Sultan Nazrin dilantik pengerusi bagi tempoh dua tahun
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Mac 2024 hingga 8 Mac 2026.
JKN Terengganu siasat dakwaan kes keracunan makanan
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sedang menyiasat dakwaan kes keracunan makanan selepas dipercayai menjamah sejenis kuih membabitkan beberapa individu termasuk kanak-kanak.
Remaja warga asing samun, menyamar pegawai polis ditahan
Polis menahan remaja lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana disyaki terbabit dengan kegiatan samun dan menyamar sebagai anggota polis.
Pesawah mengaku tidak bersalah
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan memuat naik mesej berbau hasutan mengaitkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan aktiviti perjudian dalam satu kumpulan WhatsApp, lima hari lalu.
Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak - Azalina
Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan tentang cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
Dua maut tercampak keluar dari kenderaan dalam kemalangan
Dua maut selepas tercampak keluar dari kenderaan yang dinaiki mereka dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Kuala Krai.
Kayveas ikut emosi
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman berasa kesal tindakan Tan Sri Kayveas meletakkan jawatan sebagai presiden myPPP.
Empat sekeluarga maut dalam kemalangan pulang dari Cameron Highlands
Mereka yang maut ialah Norulaini Ab Ghani, 43, suaminya Raja Mohd Adnan Raja Husain, 45, Raja Nur A'iysah, 14, dan Raja Nur Anis Batrisya.
Muhyiddin sedih penerokaan tanah Cameron Highlands masih berlaku
Timbalan Perdana Menteri meluahkan rasa dukacita dengan pencerobohan di tanah tinggi Cameron Highlands yang terus berlaku.
MACC's 12 recommendations to avoid another Bertam Valley tragedy
MACC has recommended the Pahang State Government to review the policy of granting Temporary Occupation Licence (TOL) to restrict illegal land exploration in Cameron Highlands.