Mukhriz letak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah

T K Letchumy Tamboo
Februari 3, 2016 02:45 MYT
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mengumumkan peletakkan jawatannya ekoran krisis Menteri Besar yang melanda negeri itu. - Foto Bernama
Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta.
Mukhriz berkata beliau dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah.
"Saya dimaklumkan saya hilang sokongan majoriti oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman.
BACA: Krisis MB Kedah: 17 ADUN BN adakan pertemuan tergempar
BACA: 13 daripada 15 ADUN pembangkang menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah
VIDEO: Selesaikan krisis Kedah melalui proses demokrasi
Beliau juga mengumumkan, Adun Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru.
Selain meletak jawatan sebagai Menteri Besar, Mukhriz turut melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah.
BACA: Kronologi krisis Menteri Besar Kedah
BACA:'Ambillah jawatan saya kalau rasa bagus sangat' - Mukhriz
BACA: Ahmad Bashah diumum Menteri Besar Kedah yang baharu
BACA: ADUN Kedah sifatkan kenyatan Mukhriz sebagai tidak rasmi
BACA: Mesyuarat MT UMNO: 'Saya sudah maklum Mukhriz tidak perlu hadir' - Ku Nan
#Menteri Besar Kedah #Mukhriz Mahathir