awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS ekoran tekanan DXY
Manchester United cipta sejarah hitam selepas tersingkir Piala FA
Hari pertama persekolahan SJKC Ladang Regent Elmina meriah, AI jadi tarikan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mukhriz sedia jumpa Guan Eng untuk bincang isu jual air mentah

Astro Awani
Astro Awani
26/08/2013
13:13 MYT
Mukhriz sedia jumpa Guan Eng untuk bincang isu jual air mentah
Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir sedia bertemu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk membincangkan isu penjualan air mentah ke negeri pulau mutiara itu.
Ia berikutan Guan Eng enggan membenarkan pegawainya berjumpa dan berbincang dengan pegawai kerajaan negeri Kedah.
Menurut Mukhriz, beliau tidak mahu mempolitikkan isu terbabit kerana ia melibatkan rakyat dan menjadikannya sebagai sesuatu yang rumit.
Namun jika itu yang dimahukan Guan Eng, beliau sedia bertemu dengan Ketua Menteri berkenaan dan terus berbincang walaupun ia melibatkan hal-hal kecil.
Isu jualan air mentah Sungai Muda ke pulau mutiara itu dituntut kerajaan negeri sebelum ini (kerajaan Pas) dan tertunggak sekian lama.
Walaubagaimanapun, dalam isu air ini rakyat Kedah akan diutamakan dan perbincangan mengenai perkara itu adalah penting diadakan dalam tempoh terdekat ini demi kelangsungan sumber air di negeri terbabit.
Tambah beliau lagi, perbincangan antara pegawai bawahan adalah biasa di lakukan sebelum perbincangan selanjutnya dibuat di pihak atasan yang melibatkan menteri besar dan menteri.
Sebelum ini satu surat rasmi telah dihantar kepada kerajaan negeri Pulau Pinang bagi menyambung semula perbincangan mengenai penjualan air mentah Kedah kepada Pulau Pinang.
Namun, Ketua Menteri Pulau Pinang itu enggan berbuat demikina kerana ia melibatkan pegawai bawahan dan setiausaha kerajaan negeri.
Topic Berkaitan
#air mentah
#Lim Guan Eng
#Mukhriz Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan