Mukhriz utus surat mohon maaf kepada Sultan Johor

Astro Awani
Mei 24, 2019 10:02 MYT
Mukhriz (gambar) mengutuskan surat kepada Sultan Ibrahim pada Jumaat bagi memohon ampun dan maaf kerana tidak bersalam dengan baginda. -Twitter
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengutuskan surat kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Jumaat bagi memohon ampun dan maaf kerana tidak bersalam dengan baginda.
Setiausaha Akhbar Mukhriz, Mohd Fisol Jaafar dalam satu kenyataan menjelaskan surat itu diutuskan bagi memohon maaf atas kekhilafan beliau itu dan menjelaskan ia tidak menggambarkan sifat santun rakyat Kedah Darul Aman.
"Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir hari ini telah mengutus surat kepada DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
"(Ia) bagi memohon ampun dan maaf di atas kekhilafan beliau tidak bersalaman dengan baginda di Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang semalam.
"Menteri besar telah menyembah maklum kepada baginda bahawa kekhilafan tersebut adalah kerana kealpaannya sendiri, dan tidak menggambarkan sifat sopan santun rakyat Kedah Darul Aman," kata kenyataan itu.
BACA: TMJ kongsi video Mukhriz tidak bersalam dengan Sultan Johor
BACA: 'Mungkin Mukhriz kecil hati dengan TMJ' - Khairuddin
Pada Khamis telah tular video berdurasi 13 saat itu yang menunjukkan Mukhriz tidak bersalaman dengan Sultan Ibrahim dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika hadir di Balairung Seri, Istana Abu Bakar untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Mustain Billah.
Tindakan Mukhriz itu mendapat kecaman netizen.

The difference between 2 man, @HRHJohorII shook Tun Ms hands but @MukhrizMahathir was too arrogant to shake SOJs hands at Istana Abu Bakar. pic.twitter.com/RlnorCEGNc

— Friends of Johor (@FriendOfJohor) May 23, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Kedah #Khilaf #Maaf #Menteri Besar #mohon #Mukhriz Mahathir #salam #Sultan Ibrahim Sultan Iskandar #Sultan Johor