KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil mendakwa terdapat beberapa ahli akan dipecat pada mesyuarat parti itu minggu ini.
Menurutnya, tindakan itu bakal diambil susulan ada ahli dan pemimpin parti didakwa begitu lantang mengkritik keputusan kepimpinan untuk bersama Pakatan Harapan (PH) menyertai pilihan raya.
Jelasnya menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, dia turut mendengar bahawa namanya antara yang tersenarai dalam mereka yang bakal dipecat.
"Pemimpin pro-DAP ini suruh saya letak jawatan. Saya tidak akan letak jawatan. Saya dipilih oleh akar umbi.
"Saya dengar minggu ini ada beberapa lagi ahli UMNO akan dipecat dalam mesyuarat nanti. Ada ura-ura kata nama saya pun mungkin tersenarai.
"Terserah kepada kepimpinan parti dan Majlis Tertinggi jika mereka mahu pecat saya. Perjuangan saya ikhlas kerana agama, bangsa dan tanah air, bukan kerana kepentingan peribadi.
"Manusia boleh singkirkan manusia, namun Allah menentukan kifarahnya,” katanya.
Mengulas lanjut, Isham berkata, beliau juga dikaitkan dengan kenyataan kononnya melarang ahli UMNO mengundi PH atau DAP pada pilihan raya.
“Saya tidak pernah suruh ahli UMNO jangan undi PH atau DAP. Ini adalah fitnah. Apa yang saya kata ialah saya akan fokus kepada kawasan UMNO. Boleh lihat dalam live saya beberapa bulan lalu di Facebook.
“Yang tulis headline kononnya saya kata jangan undi PH itu adalah satu akhbar Cina. Dan itu tidak betul. Mereka telah pun minta maaf kepada saya dan keluarkan pembetulan,” tegasnya.
Tegasnya, dakwaan tersebut merupakan satu fitnah dan kenyataan itu telah dimaklumkan kepada Majlis Tertinggi semasa isu itu timbul.
Faida Rahim
Mon Sep 11 2023
Isham menegaskan, perjuangannya dalam UMNO adalah ikhlas kerana agama, bangsa dan tanah air, bukannya kerana kepentingan peribadi. - Gambar fail/Sinar Harian
'Saya tak boleh dibeli, dijolok-jolok dengan projek untuk diam' - TMJ
Tunku Ismail tidak gentar untuk terus lantang bersuara demi kepentingan rakyat Johor.
Haji: Pertukaran jadual hanya untuk isu fiqh wanita dan kesihatan
Rozila berkata, jadual penerbangan pulang biasanya diatur sebelum keberangkatan jemaah haji ke Tanah Suci lagi.
Bahasa Mandarin bantu dalam kerjaya
Beberapa individu bukan Cina berkongsi bagaimana penguasaan bahasa Mandarin telah memberikan 'nilai tambah' kepada mereka.
Legenda Liverpool, Alan Hansen sedang tenat di hospital
Buat masa sekarang, tiada maklumat penuh diperoleh, namun pengurusan juara EFL itu sedang mendapatkan informasi lanjut melalui keluarganya.
Murid bukan Cina 'bersinar' di SJKC
Guru-guru SJKC tidak setuju dengan pendapat yang mengatakan kehadiran murid bukan Cina mungkin mempengaruhi prestasi keseluruhan sekolah.
EPL: Jadon Sancho akan dijual, Man Utd cari pemain baru
Menerusi perbincangan yang diadakan, pemain berusia 24 tahun itu tetap akan dijual musim panas ini.
AWANI Pagi: TVET sebagai laluan kerjaya utama
Sempena Hari TVET Negara 2024, penyampai Astro AWANI, Farhan Hakimi mengupas industri baharu yang menjadikan TVET sebagai laluan kerjaya utama.
Jemaah daftar pakej tidak potong "queue", perlu dapat tawaran haji daripada TH
Mana-mana jemaah yang mendaftar dengan agensi pelancongan perlu mendapat surat tawaran mengerjakan haji daripada TH.
EPL: Tuchel tarik diri jadi jurulatih baru Man Utd
Bekas jurulatih Chelsea itu tiada perancangan untuk mengambil alih tugasan selaku pengurus untuk Manchester United.
Menteri Israel Benny Gantz umum letak jawatan
Menteri Israel Benny Gantz mengumumkan peletakan jawatannya daripada kerajaan darurat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu
PKR Sungai Bakap: UMNO akan bantu calon PH - Ahmad Maslan
UMNO akan memberikan komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
BN buat persiapan awal, gerak jentera hadapi PRK Sungai Bakap - Zambry
Zambry berkata kerangka awal perlu dilaksana dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa tentang persiapan yang telah dilakukan.
[KOLUMNIS] PRK KKB: UMNO ‘king maker’ senyap?
Di Kuala Kubu Baharu, UMNO dilihat sebagai penentu dan king maker dengan menghadiahkan satu blok undi, dalam jumlah yang besar.
PRN Sabah: Tiada parti boleh bergerak solo, UMNO dijangka bentuk gagasan - Bung Moktar
UMNO Sabah memberi bayangan akan membentuk satu gabungan atau gagasan baharu dengan mana-mana parti yang dirasakan boleh bekerjasama dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Jangan jadi seperti Abu Lahab dan jual nama Islam - Veteran UMNO
Mustapha menyeru pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk berhenti berperangai seperti Abu Lahab dan menjual nama Islam dan perpaduan Melayu.
Kenyataan media UMNO yang tular di media sosial, palsu - UMNO
Kenyataan tular mendakwa UMNO kini lebih bersifat terbuka dalam pendekatan dan sanggup mengurangkan penekanan eksklusif terhadap keutamaan kaum Melayu, adalah palsu.
Nasihat Wan Rosdy kepada ahli UMNO: “Ikhlas sertai parti, buang sikap pentingkan diri”
Sikap pentingkan diri menjadi masalah dalaman parti dan andai dibiarkan boleh merosakkan keutuhan UMNO.
Kejayaan calon PH bukti semangat kekitaan yang erat dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
"DAP banyak bantu calon BN dalam PRK sebelum ini, tidak salah jika UMNO membalas budi yang telah ditabur oleh mereka."
Pemimpin UMNO perlu teroka pendekatan baharu - Ahmad Zahid
Pemimpin UMNO juga perlu menjadi peneraju dalam pemikiran rakyat bagi mengekang fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu.
‘Pas lebih lama dengan DAP’ - Ahmad Maslan
"Kumpulan ini sebenarnya orang hipokrit tahap tinggi," kata Ahmad membidas segelintir penyokong pembangkang.