NATIONAL
Mural 'Battle of Slim River' tarikan terbaharu di Lorong Seni Muallim

Mural yang menggambarkan kisah Battle of Slim River atau Pertempuran di Slim River sewaktu Perang Dunia Kedua itu merupakan sentuhan artis tempatan berbakat besar, Mohd Afiq Othman atau dikenali sebagai Bop Sopan. -Astro AWANI
TANJUNG MALIM: Ada pelbagai cara untuk anda menghayati kisah sejarah tanah air, selain pembelajaran di kelas dan 'membedah' buku hal ehwal sejarah.
Celik dan ambil tahu sejarah negara bukanlah satu beban, malah dituntut untuk memastikan generasi kini dan mendatang peka dan menghargai pengorbanan pejuang terdahulu.
Mural yang dilukis di Lorong Seni Muallim di sini sedikit sebanyak membuatkan orang ramai lebih peka, sekali gus dapat mengetahui kisah ketika zaman perang secara santai pada waktu senggang.
Mural yang menggambarkan kisah Battle of Slim River atau Pertempuran di Slim River sewaktu Perang Dunia Kedua itu merupakan sentuhan artis tempatan berbakat besar, Mohd Afiq Othman atau dikenali sebagai Bop Sopan.
"Mural itu turut disediakan dengan kod QR yang boleh diimbas oleh pengunjung bagi mendapatkan maklumat serta kisah lukisan tersebut.
"Kita dapat lihat sambutan daripada pengunjung begitu menggalakkan, termasuk peminat sejarah, pihak tentera yang membuat kajian dan pelancong asing," katanya kepada pemberita.

Tambahnya lagi, peranan yang diterajui oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti Majlis Daerah Tanjong Malim dalam mengangkat nilai sejarah itu juga wajar diberikan pujian.
"Kita dapat lihat setiap PBT di negeri ini ada mengetengahkan lorong seni dan mural tentang keunikan setempat.
"Ia satu perkembangan yang positif kerana secara tidak langsung boleh dijadikan produk pelancongan tempatan yang unik," katanya.

"Tidak semua pengunjung tahu gunakan gajet atau teknologi, kebanyakan mural yang ada di kawasan tertentu menggunakan kod QR, tiada papan informasi.
"Mungkin bagi generasi muda atau belia tidak menjadi masalah (akses kod QR) tetapi lebih sesuai jika ada disediakan sekali papan informasi di situ bagi yang tiada gajet atau untuk warga emas," katanya lagi.

Katanya, kekalahan tentera British kepada Jepun di dalam pertempuran tersebut, mengakhiri harapan British dalam mempertahankan Tanah Melayu.

"Hanya dalam tempoh masa lima hingga enam sahaja, Jepun berjaya menawan kedua-dua jambatan di Trolak dan Slim River.
"Lebih kurang 3,000 tentera British berjaya ditawan dan banyak senjata dirampas. Ia menjadi kenangan besar buat tentera Jepun ketika menyerang Tanah Melayu ketika itu," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami