awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Murid cedera akibat terhantuk, bukan dibaling bekas pensel oleh guru – Polis

Sinar Harian
Sinar Harian
23/05/2025
08:30 MYT
Murid cedera akibat terhantuk, bukan dibaling bekas pensel oleh guru – Polis
Polis menafikan dakwaan seorang murid sekolah rendah di Besut cedera di kepala akibat dibaling bekas pensel oleh guru seperti yang tular di media sosial.
BESUT: Polis menafikan dakwaan seorang murid sekolah rendah di daerah ini cedera di kepala akibat dibaling bekas pensel oleh guru seperti yang tular di media sosial.

Ringkasan AI
  • Polis menafikan dakwaan bahawa seorang murid cedera akibat dibaling bekas pensel oleh guru, sebaliknya kecederaan berlaku kerana murid itu terhantuk pada meja sendiri.
  • Kes diselesaikan selepas pertemuan antara keluarga murid, pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Besut; laporan polis juga telah ditarik balik.
  • Polis menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan, dan kes kini dirujuk kepada PPD untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, siasatan mendapati murid berkenaan cedera akibat terhantuk pada meja, bukan kerana dibaling objek.
"Kes ini berpunca daripada salah faham dan kesilapan murid itu sendiri sehingga menyebabkan dia terhantuk dan mengalami kecederaan.
"Ia sudah diselesaikan selepas perjumpaan diadakan antara keluarga murid, pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Besut pada Khamis," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Beliau berkata, perjumpaan yang diadakan kira-kira jam 12 tengah hari itu mendapati berlaku salah faham antara kedua-dua pihak.
"Laporan polis yang dibuat keluarga murid juga telah ditarik balik pada hari sama sekitar jam 4.40 petang.
"Kes ini kini dirujuk kepada PPD Besut untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sebelum ini, kes murid itu tular di media sosial setelah dikongsikan oleh ibu bapanya selain turut dikongsikan menerusi Instagram capricedaddycap.
Bagaimanapun, difahamkan kesemua video berkaitan didapati telah ditarik balik dan kedua ibu bapa kanak-kanak itu turut membuat permohonan maaf.
Dalam pada itu, Azamuddin menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan berita tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan serta menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Sebarang maklumat berkaitan kes jenayah boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut di talian 09-6956222. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Tular
#murid sekolah
#terhantuk meja
#kotak pensel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan