BAPA kepada pelajar tahun satu yang maut dipatuk ular, Nuriey Nadhirah Ruslan meminta orang ramai agar memahami situasi mereka sekeluarga dan tidak menyebarkan berita yang tidak sahih.
Ruslan Gazali, dalam satu status yang dimuat naik ke akaun Facebook memaklumkan cerita yang tersebar kononnya anaknya itu hidup kembali semasa dimandikan adalah satu salah faham dan tidak benar sama sekali.
Sebaliknya, apa yang terjadi ialah jenazah yang ketika itu mahu dikafankan, 'tersedu' dua kali.
Doktor yang dipanggil mengesahkan Nuriey sememangnya sudah meninggal dunia dan apa yang berlaku mungkin tindak balas udara dalam badan jenazah.
Salah faham itu terjadi kerana menurut Ruslan, jumlah hadirin yang berada di kediaman mereka di Pengkalan Chepa, Kelantan ketika itu terlalu ramai, justeru cakap-cakap antara mereka kemudiannya ditambah tokok sesetengah pihak, sehingga khabar angin yang tidak sedap didengar.
Ruslan turut meminta orang ramai agar berhenti daripada terus berkongsikan gambar anaknya dengan ikatan di kepala, kerana ia mengundang rasa sedih yang teramat bagi mereka sekeluarga.
BACA: Jenazah murid sekolah dipatuk ular dikebumikan pagi ini
Dia juga mengesahkan ular yang mematuk Nuriey belum ditangkap dan semua gambar ular yang tersebar, adalah rekaan sahaja.
Ruslan yang merupakan seorang petugas di bahagian logistik sebuah syarikat, sempat menyampaikan rasa terima kasih atas ucapan simpati orang ramai, di samping redha dengan pemergian anak sulungnya itu.
Madiha Abdullah
Wed Apr 20 2016
Ruslan minta orang ramai henti sebar gambar dan cerita yang tidak sahih. - Sumber foto Facebook Ruslan Gazali
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
Siasatan anggota APM maut dipatuk ular selesai dua minggu lagi
Laporan siasatan kes kematian anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Mohd Idris Abdul Samad, 34, akibat dipatuk ular tedung, dijangka selesai dalam tempoh dua minggu.
Pelakon terkenal India Salman Khan dipatuk ular
Bintang filem India yang terkenal dengan reputasi hidup dalam bahaya, Salman Khan, dipatuk ular dan terpaksa dirawat di hospital.
Kanak-kanak maut dipatuk ular
Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun lima bulan maut selepas dipatuk ular di kediamannya di Kampung Seberang Batu Hampar, Solok Jelawai Hilir, di sini malam tadi.
Dua beradik bertarung selamatkan ibu dari dipatuk ular
Tiga remaja layak dinobat sebagai wira apabila bertarung nyawa menyelamatkan seorang ibu tunggal daripada dimakan ular sawa batik.
Usik sarang ular, dua pencari asam paya maut dipatuk
Dua lelaki ditemui maut, manakala seorang cedera setelah dipatuk ular berulang kali kerana mengusik sarangnya.
Kematian tragis Abu Zarin tidak patahkan semangat pegawai bomba
Abu Zarin, 33, yang meninggal dunia akibat dipatuk ular Khamis malam bukan sekadar guru kepada dua lagi pegawai yang terbabit dalam menjinakkan haiwan berbisa tetapi juga bagaikan abang sendiri.
Lindsay Lohan dipatuk ular ketika di Thailand
Lindsay Lohan menerusi Instagram Story peribadinya memberitahu dia dipatuk ular ketika sedang mendaki sebuah gunung di sana.
730 kes dipatuk ular dilapor sejak Januari - Dr Subra
Kedah mencatat kes dipatuk ular tertinggi dengan 195 kes, diikuti Perak (107 kes) dan Selangor (78) kes.
Semua yang anda perlu tahu tentang patukan ular
Sedikit maklumat tentang patukan ular dan apa yang boleh dilakukan jika berhadapan dengan situasi ini.
Murid dipatuk ular: Bapa minta orang ramai henti kongsi gambar Nuriey Nadhirah
Bapa allahyarham Nuriey Nadhirah Ruslan meminta orang ramai agar berhenti daripada terus berkongsikan gambar anaknya dengan ikatan di kepala.