awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Murid dipatuk ular: KPM akan segerakan siasatan

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
20/04/2016
05:24 MYT
Murid dipatuk ular: KPM akan segerakan siasatan
KAMALANATHAN: Siasatan masih dijalankan lagi.
Laporan siasatan Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak berkenaan berhubung kejadian murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Dato Hashim 1 maut dipatuk ular di kawasan sekolah itu akan disegerakan, ujar Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan.
Bagaimanapun tegasnya, beliau tidak akan mengulas lanjut mengenai siasatan berkenaan selagi tidak memperoleh laporan akhir kes berkenaan.
"Siasatan masih dijalankan lagi. Saya menunggu siasatan terakhir dan saya tidak akan komen lagi," katanya semasa ditemui media di lobi parlimen selepas sidang Dewan Negara di sini hari ini.
Ditanya sama ada sekolah berkenaan menepati Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan,beliau berkata, ia bergantung kepada (hasil) selepas siasatan dan pihaknya akan lihat kaedah untuk mengetatkan prosedur sedia ada.
Beliau pada masa sama enggan mengulas lanjut sama ada kejadian itu adalah kesilapan pihak sekolah dan menegaskan hanya akan memberi reaksi mengenainya selepas selesai siasatan.
Dalam kejadian itu, Nuriey Nadhirah Roslan, 7, meninggal dunia dipercayai dipatuk ular di bahagian betis sekitar jam 10 pagi ketika bermain di kawasan sekolahnya.
Mangsa disahkan meninggal dunia semasa dirawat di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa di sini sebelum di rujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk proses bedah siasat.
Hasil pemeriksaan mendapati punca kematian disebabkan oleh kekurangan oksigen dalam badan kesan gigitan haiwan berbisa.
Nuriey Nadhirah dikatakan terjatuh dan tidak sedarkan diri di dalam kelasnya semasa sesi pembelajaran pada pukul 11 pagi semalam dan dibawa gurunya ke klinik tersebut.
BACA: Jenazah murid sekolah dipatuk ular selamat dikebumikan pagi ini
Topic Berkaitan
#kamalanathan
#kes murid dipatuk ular
#KPM
#Nuriey Nadhirah Roslan
#Timbalan Menteri Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan