Tiga orang murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Nigel Gardner, Hulu Selangor yang termakan serpihan kaca dalam mi goreng yang disediakan di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) masih menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata dua murid berkenaan telah menjalani ujian skop dan seorang lagi masih menerima rawatan kerana masih mengalami sakit perut.
"Saya setiap hari memantau perkembangan kejadian ini yang sepatutnya tidak berlaku terutama membabitkan RMT yang dilaksanakan di bawah program kerajaan membantu murid sekolah," katanya.
Bercakap kepada pemberita semasa melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balaban Jaya dekat sini hari ini, beliau berkata alasan diberi membabitkan kecuaian aspek keselamatan di sekolah tidak boleh diterima.
Jumaat lepas, tujuh orang murid dari SJKT Ladang Nigel Gardner dimasukkan ke hospital selepas termakan serpihan kaca dalam makanan mi yang disediakan di bawah Program RMT.
Kamalanathan berkata beliau sudah meminta Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) untuk memberhentikan perkhidmatan pengusaha kantin terbabit serta merta dan diambil alih pengusaha kantin sementara untuk meneruskan pemberian makanan kepada murid.
Menurutnya Kementerian Pendidikan tidak teragak-agak mengambil tindakan yang serius bagi memastikan kejadian itu tidak berulang.
"Bila kejadian ini berlaku saya kecewa dan marah. Biarpun ia kes terpencil tetapi tak seharusnya berlaku.
"Saya akan tunggu siap laporan daripada JPS dan tindakan akan diambil kepada pengusaha kantin terlibat akan mencerminkan betapa seriusnya Kementerian Pendidikan terhadap situasi begini supaya tidak berulang di mana-mana sekolah di negara kita," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata pelajar tidak seharusnya diberhentikan sekolah sementara, hanya kerana belum memiliki kad pengenalan.
Kamalanathan berkata jika ibu bapa pelajar berkenaan atau seorang daripadanya merupakan warganegara Malaysia dan memiliki kad pengenalan, pelajar itu layak untuk bersekolah.
Beliau berkata memberhentikan atau menyekat pelajar ke sekolah hanya kerana belum memiliki kad pengenalan adalah tidak wajar sebaliknya perlu diuruskan mengikut prosedur oleh ibu bapa, pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah.
"Ibu bapa juga tidak seharusnya mengambil ringan berkenaan urusan dokumentasi anak mereka dan wajar melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan demi masa depan mereka.
"Peranan guru-guru dan pihak Pejabat Pendidikan Daerah Beluran juga amat penting bagi memastikan golongan seumpama ini tidak tercicir daripada mendapat pendidikan sepatutnya," katanya bagi mengulas masalah seorang pelajar Tingkatan Satu, SMK Balaban Jaya yang diberhentikan sekolah sementara sejak tahun lepas kerana belum memiliki MyKad.
Beliau mengingatkan bahawa tanggungjawab anak-anak selaku murid dan pelajar ialah belajar, hadir ke sekolah mendapatkan pendidikan bermula di peringkat awal dan diteruskan sehingga mencapai kejayaan agar tidak tergolong dalam kelompok tercicir.
Bernama
Thu Mar 03 2016
Kamalanathan berkata beliau sudah meminta Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) untuk memberhentikan perkhidmatan pengusaha kantin terbabit. - Gambar Fail
Pengusaha stesen minyak berdepan ugutan diminta buat laporan polis - Saifuddin
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia kongsi pengalaman perjuang nasib rakyat Palestin - Syed Ibrahim
Delegasi negara berkongsikan pengalaman Malaysia sebagai usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil masa 14 tahun untuk dialihkan - Pegawai PBB
Serangan Israel telah meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah yang padat dengan penduduk.
Fokus Minggu Depan: Gelanggang PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi), Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang bermula seusai proses penamaan calon pada Sabtu.
Murid termakan kaca: Keputusan ujian diketahui dua minggu lagi - Subramaniam
Kementerian Kesihatan sedang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi memastikan siasatan mengenai kes berkenaan dapat diselesaikan segera.
Murid termakan kaca dalam mi goreng RMT masih dirawat - P. Kamalanathan
Dua murid berkenaan telah menjalani ujian skop dan seorang lagi masih menerima rawatan kerana masih mengalami sakit perut.