Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yakin Barisan Nasional (BN) dapat mempertahan kerusi Parlimen Beaufort, Papar dan Tuaran pada pilihan raya umum akan datang.
Sambil menangkis kempen yang dilaung pakatan pembangkang kononnya ketiga-tiga kerusi parlimen itu dalam genggaman mereka, beliau berkata majoriti rakyat Sabah menyokong kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah membuktikan kemampuan mentadbir negara dengan baik melalui pelbagai program transformasi kerajaan.
"Selama ini, para pemimpin Barisan Nasional khususnya wakil-wakil rakyat di Sabah sentiasa turun padang dan bekerja keras untuk membangunkan kawasan masing-masing.
"Saya yakin rakyat Sabah terutama di Beaufort, Papar dan Tuaran bijak menilai dan matang dalam membuat keputusan yang terbaik," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Musa yang juga pengerusi BN negeri, berkata rakyat sedar bahawa pembangunan di kawasan itu bukannya hasil kapasiti individu dan pemimpin tertentu, tetapi atas perjuangan BN.
Beliau berkata rakyat telah memberi isyarat jelas pentingnya kesinambungan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan BN selama ini serta menghargai keprihatinan perdana menteri yang memperuntukkan pelbagai bantuan dan inisiatif bagi meringankan beban rakyat khususnya golongan miskin.
Ini termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan awal persekolahan, Klinik 1Malaysia dan Kedai Rakyat 1Malaysia, katanya.
Beliau berkata berdasarkan pelbagai isu dan kelemahan negeri-negeri yang ditadbir pembangkang, rakyat lebih yakin BN boleh menepati janji, berbanding pembangkang.
Sehubungan itu Musa, yang mengemudi BN Sabah mencapai kemenangan cemerlang pada pilihan raya umum 2008, merayu rakyat negeri terutama di kawasan Parlimen Beaufort, Papar dan Tuaran supaya terus memberi sokongan padu kepada kerajaan BN bagi memastikan masa depan yang lebih cerah dan terjamin.
Parlimen Beaufort kini diwakili bekas timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan Datuk Seri Lajim Ukin. Pada Julai tahun lepas, Lajim mengumumkan peletakan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Beaufort dan mengetuai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong pakatan pembangkang.
Kerusi Parlimen Papar kini disandang Ketua Puteri Umno yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Parlimen Tuaran pula diwakili bekas timbalan presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) yang kini mengetuai badan NGO Angkatan Perubahan Sabah (APS) Datuk Wilfred Bumburing. Bumburing sebelum ini mengumumkan keluar daripada BN dan menyatakan sokongan kepada pakatan pembangkang.
Pada pilihan raya umum lepas, BN Sabah pimpinan Musa hampir menyapu bersih 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 25 kerusi parlimen apabila hanya kalah kerusi Dewan Undangan Negeri Sri Tanjung (Tawau) dan Parlimen Kota Kinabalu.
Bernama
Wed Feb 13 2013
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
Kerana Najib, kerajaan Malaysia rosak, UMNO hancur, BN kalah PRU14 - Tun M
Dr Mahathir turut mendakwa bahawa mana-mana kerajaan yang dianggotai oleh Ahli Parlimen Pekan itu akan menjadi teruk.
Digelar Perdana Menteri paling teruk, Najib senaraikan kejayaan di bawah pentadbirannya
Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau disifatkan teruk bagi 'mereka' dan tidak baik untuk kroni-kroni mereka.
Saya dapat sokongan kerana kerap turun padang, tunaikan janji - Tun Mahathir
Sokongan diperoleh selepas beliau banyak turun padang bertemu rakyat selain menepati janji yang dibuat.
Bayaran BSH fasa pertama bermula Isnin
Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, bayaran berjumlah RM300 itu melibatkan hampir 3.8 juta penerima dengan peruntukan keseluruhan lebih RM1 bilion.
Tiada usaha bersungguh-sungguh capai Wawasan 2020 - Tun Mahathir
Jelasnya, strategi dan polisi yang salah menyebabkan usaha negara untuk menjadi negara maju melalui visi berkenaan belum tercapai.
Hopes for Pakatan Harapan
The main needs of voters at the grass roots is ringgit and cents. Their worry is how to make ends meet with the economic slowdown and escalating costs.
Permohonan fasa kedua, ketiga Bantuan Sara Hidup dibuka
Pemohon yang layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 diminta mendaftar dan mengemas kini maklumat isi rumah untuk bayaran fasa kedua dan ketiga yang dijadual pada Mei dan Ogos depan.
Hentikan budaya politik sempit - Fahmi
Sentimen perkauman satu perkembangan politik yang tidak sihat kerana Malaysia sebuah negara yang harmoni dan rakyat menolak semangat perkauman sempit.
Kerajaan disaran turun harga barang sebelum hapuskan BR1M
Kerajaan juga harus menyediakan prasarana yang lebih kondusif agar tidak membebankan golongan kurang berkemampuan.
PRK Seri Setia: Pemansuhan BR1M tidak jejas peluang - Calon PH
Beliau yakin pengundi di kawasan itu hanya mahukan DUN itu terus ditadbir oleh kerajaan PH.