awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Musim mengawan, ajar anak memburu punca harimau mengganas - Perhilitan

Sinar Harian
Sinar Harian
15/11/2023
08:15 MYT
Musim mengawan, ajar anak memburu punca harimau mengganas - Perhilitan
Faktor pembukaan hutan turut menyebabkan harimau keluar menyerang manusia. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Musim harimau mengawan dan mengajar anak memburu antara faktor utama binatang buas itu mengganas hingga menyebabkan empat kematian di Gua Musang setakat 11 November tahun ini.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, perkara itu dimaklumkan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri Kelantan dan akan diambil kira dalam langkah untuk menyelesaikan konflik antara haiwan serta manusia itu.
Katanya, selain itu turut dimaklumkan kepada beliau ialah faktor pembukaan hutan yang turut sama menyebabkan harimau keluar menyerang manusia.
“Sekarang ini musim mengawan, mencari pasangan dan tempat itu ialah kawasan rayau harimau keluar mencari makanan selain mengajar anaknya memburu, itu antara tiga faktor mengapa haiwan ini menyerang manusia.
“Disebabkan hutan yang semakin mengecil memang faktor pertama tetapi proses pembukaan hutan itu biasa bagi kerajaan dan dibuat dengan merujuk Jabatan Alam Sekitar serta mengikut peraturan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.
Beliau dalam pada itu, mengulas lanjut berhubung kebimbangan jika cadangan pengubahsuaian Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) diteruskan akan memberi impak yang lebih buruk kepada habitat harimau, katanya, perkara itu akan diteliti.
“Kami akan tengok dulu, bukan bermaksud akan ubah semua.
“Kerajaan negeri tidak bermaksud hendak mengganggu semua ekologi,” kata Mohamed Fadzli.
Akhbar sebelum ini melaporkan, lelaki warga Indonesia, Lalu Sukarya Yahya, 42, ditemukan maut dipercayai dibaham harimau di kawasan ladang kebun getah di Kuala Wok, Pos Pasik pada 10 November lalu.
Selang sehari selepas itu, warga Myanmar, Ahka Soe Ya, 22, maut selepas diserang harimau belang ketika menoreh getah di Ladang Meranto pada 11 November lalu.
Sebelum itu, terdapat satu kes kecederaan dan dua kematian melibatkan masyarakat Orang Asli akibat diserang harimau belang pada 12 Mei dan 4 Oktober tahun ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#serangan harimau
#Perhilitan
#punca harimau agresif
#Gua Musang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan