awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Musim tengkujuh: Bekalan ikan dijangka kurang sehingga 50 peratus - LKIM

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
12/12/2022
15:37 MYT
Musim tengkujuh: Bekalan ikan dijangka kurang sehingga 50 peratus - LKIM
Bekalan ikan di seluruh negara dijangka berkurangan sehingga 50 peratus ketika ini ekoran musim tengkujuh, sekali gus menyebabkan harga hasil laut itu naik sehingga dua kali ganda. - Gambar fail
BUKIT GANTANG: Bekalan ikan di seluruh negara dijangka berkurangan sehingga 50 peratus ketika ini ekoran musim tengkujuh, sekali gus menyebabkan harga hasil laut itu naik sehingga dua kali ganda.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, bagi mengatasi masalah itu, LKIM terus menyediakan ikan sejuk beku untuk membantu rakyat.
"Bila musim-musim seperti ini, kapal masih lagi keluar tetapi tidak semua.
"Oleh kerana musim tengkujuh ini ada yang tak berani keluar tetapi ada yang keluar juga, jadi bekalan keluar antara 30 hingga 50 peratus seluruh Malaysia.
"Kebiasaannya (kekurangan stok), kita tampung dengan ikan sejuk beku, dan kedua, dengan ikan air tawar serta ikan import," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Enjin Sangkut di pejabat Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Matang di sini, pada Isnin.
Beliau berharap LKIM akan segera menyiapkan bilik sejuk beku bagi menyimpan stok ikan, khusus untuk bekalan ketika musim ikan kurang, seperti musim tengkujuh.
Tambah Syed Abu Hussin Hafiz, sebanyak RM7 juta peruntukan disediakan untuk membeli 1,000 metrik tan ikan sejuk beku bagi tujuan simpanan.
Monsum Timur Laut yang melanda sejak beberapa minggu lalu menyebabkan nelayan bot kecil dan pesisir pantai tidak boleh turun ke laut, menyebabkan bekalan ikan berkurangan dan harga meningkat.
Misalnya, di beberapa negeri, harga ikan kembung yang dijual di pasar awam naik sehingga RM15 hingga RM17 sekilogram, berbanding RM10 hingga RM12 sebelum ini.
Topic Berkaitan
#Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
#Ikan musim hujan
#harga ikan musim tengkujuh
#LKIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan