awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muslim Pro nafi jual data peribadi pengguna - JPDP

Bernama
Bernama
23/11/2020
21:53 MYT
Muslim Pro nafi jual data peribadi pengguna - JPDP
Aplikasi Muslim Pro yang berpangkalan di Singapura sebelum ini dilaporkan menjual data peribadi pengguna Islam kepada tentera Amerika Syarikat bagi tujuan anti keganasan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) menerima penjelasan pembangun Muslim Pro, aplikasi mudah alih Islam, yang menafikan dakwaan mereka menjual data peribadi pengguna Islam kepada tentera Amerika Syarikat.
Menurut kenyataan JPDP, Muslim Pro menjelaskan maklumat yang diberikan sebelum ini kepada X-Mode bukan data peribadi.
"Pihak Muslim Pro amat komited melindungi data peribadi penggunanya mengikut lunas undang-undang serta peraturan perlindungan data peribadi.
"Hingga kini, sebanyak 72 peratus pengguna applikasi Muslim Pro masih merupakan pengguna yang tidak berdaftar dan ini meningkatkan ketanpanamaan (anonymity) aplikasi tersebut," demikian menurut kenyataan itu.
Pada masa sama, jabatan itu menggesa pembangun aplikasi tersebut memastikan keselamatan data peribadi pengguna agar tidak disalah guna.
BACA: Didakwa jual data pengguna kepada tentera AS, Muslim Pro tampil menafikan
JPDP turut mengingatkan pengguna data agar mematuhi Prinsip Perlindungan Data Peribadi yang digariskan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
Sebelum ini dilaporkan aplikasi yang berpangkalan di Singapura itu menjual data peribadi pengguna Islam kepada tentera Amerika Syarikat bagi tujuan anti keganasan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#data peribadi
#bukan data peribadi
#JPDP
#Muslim Pro
#aplikasi
#jual data peribadi
#pengguna islam
#tentera Amerika Syarikat
#undang-undang
#anonymity
#ketanpanamaan
#pengguna tidak berdaftar
#tanpa nama
#anti keganasan
#keselamatan
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan