awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mustapa Mohamed masuk hospital, jalani pembedahan

Bernama
Bernama
16/11/2018
03:13 MYT
Mustapa Mohamed masuk hospital, jalani pembedahan
Pembedahan itu terpaksa dilakukan selepas Mustapa mengadu sakit perut dan disahkan terdapat batu karang dalam badannya. - Gambar fail/BERNAMA
Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini akan menjalani rawatan pembedahan membuang batu karang, kata Pembantu Khasnya, Zahari Kecik.
Beliau berkata pembedahan itu terpaksa dilakukan selepas Mustapa mengadu sakit perut dan disahkan terdapat batu karang dalam badannya.
"Dalam tempoh seminggu ini bermungkinan semua program ditunda bagi memberikan ruang untuk Tok Pa (Mustapa) berehat.
"Sepatutnya hari ini Tok Pa menghadiri majlis solat sunat hajat semperna pembukaan pusat khidmat Ahli Parlimen Jeli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Jeli," katanya.
Turut hadir pada majlis itu Ketua Bersatu bahagian Jeli Dr Aminuddin Yaacob.
Beliau berkata rawatan pembedahan itu dilakukan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
"Kami turut melakukan solat sunat hajat bagi memohon urusan pembedahan Tok Pa dipermudahkan," katanya.
Mustapa, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Ayer Lanas dalam Parlimen Jeli, sebelum ini mengejutkan banyak pihak apabila keluar daripada UMNO dan tidak lama selepas itu mengumumkan menyertai Bersatu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#batu karang
#Hospital
#Malaysia
#Mustapa Mohamed
#Pembedahan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan