KOTA BHARU:Selepas 12 hari menerima rawatan akibat jangkitan COVID-19, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini dibenarkan keluar hospital selepas disahkan sembuh daripada virus berbahaya itu.
Mustapa dalam satu hantaran di laman Facebook berkata beliau telah dibenarkan keluar dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini pada 4.30 petang.
"Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT setelah 12 hari bertarung di HRPZ II dengan pemantauan rapi oleh doktor, jururawat dan barisan hadapan, pada 4.30 petang ini saya dibenarkan keluar hospital.
"Terima kasih tidak terhingga kepada semua staf Kementerian Kesihatan (KKM) khususnya di HRPZ II, ahli keluarga, sahabat handai dari seluruh pelusuk tanah air yang beri kata kata-kata semangat, ucapan dan doa," katanya.
Berkongsi pengalaman, Ahli Parlimen Jeli itu berkata sepanjang tempoh 12 hari di hospital, perkara yang paling mencemaskan ialah semasa berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tiga hari apabila terdapat sedikit masalah pernafasan dan kekurangan tenaga.
BACA: Mustapa Mohamed positif COVID-19
Bagaimanapun, dengan pemantauan rapi doktor dan jururawat serta keyakinan penuh kepada ketentuan Allah SWT, keadaan beliau beransur pulih.
Mustapa berkata ketika ini, beliau perlu lebih banyak berehat, kurangkan bekerja dan tidak boleh bertemu ramai orang.
Sehubungan itu, beliau menasihati seluruh masyarakat agar selalu memakai pelitup muka, menggunakan pembersih tangan, mengamalkan penjarakan fizikal dan pemakaian pelindung muka hendaklah dijadikan amalan sepanjang masa sehingga pandemik COVID-19 benar-benar pulih.
"Pengajaran: pandemik ini ketentuan Allah SWT supaya manusia insaf dan sedar betapa kerdilnya kita semua. Sepanjang pandemik COVID-19, kita perlu menjaga maslahah umum mengatasi kepentingan peribadi.
"Ancaman ini serius, perlu diambil berat oleh rakyat. Ketakutan kepada COVID-19 biar sebati dengan diri kita kerana kita masih belum memenangi peperangan ini. Semoga Allah SWT menyelamatkan negara kami, pemimpin-pemimpin kami dan semua rakyat daripada COVID-19," katanya.
Mustapa juga mengharapkan agar seluruh rakyat berdiri teguh di belakang kerajaan, KKM dan pihak penguatkuasa bagi mempertahankan nyawa serta kehidupan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 21 2021

Ahli Parlimen Jeli itu berkata sepanjang 12 hari di hospital, perkara yang paling mencemaskan ialah semasa berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tiga hari. - Gambar fail

COVID-19 | Silap besar mansuh pemakaian pelitup muka – Biden
Presiden Joe Biden sementara itu anggap keputusan Gabenor Texas dan Misissippi untuk melonggarkan sekatan termasuk mansuhkan mandat pemakaian pelitup muka sebagai satu kesilapan yang besar. Jelas Biden, Amerika Syarikat sedang mengubah asas terhadap penyakit COVID-19 kerana kemajuan vaksin dan perkara terakhir yang diperlukan ialah pemikiran yang terkebelakang.

Vaksin COVID-19 | Tempahan lebih 108 peratus, cukup untuk semua
Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata orang ramai tidak perlu bimbang bahawa tiada bekalan vaksin yang mencukupi.

Liga Perdana | Yusri berdepan tugas mencabar
Persediaan di Liga Perdana pula. Jurulatih Skuad Projek FAM-MSN Yusri Che Lah akui berdepan tugasan mencabar untuk membentuk skuad ampuh. Ini menjelang perlawanan pertama menentang Terengganu II, kerana 16 daripada 27 pemainnya ketika ini sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia!

Zoo Negara | Teruja bakal terima pengunjung
Zoo Negara akan dibuka kepada pengunjung bermula jumaat ini, dengan menawarkan 20 peratus diskaun bagi harga tiket dewasa dan kanak-kanak sebagai usaha menarik pengunjung. Timbalan Presidennya, Rosly Ahmad Lana berkata, pembukaan zoo negara mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Lembah Klang.

AWANI Ringkas: Dua maut dihempap struktur SUKE

Jenayah Perang | ICC buka kertas siasatan rasmi ke atas Israel
Mahkamah Jenayah Antarabangsa, ICC secara rasmi membuka kertas siasatan berhubung jenayah perang di wilayah Palestin. Ketua Pendakwa Raya Fatou Bensouda memaklumkan siasatan akan tertumpu kepada pencabulan yang berlaku di Tebing Barat, Baitulmaqdis dan semenanjung Gaza sejak Jun 2014.

Bola Sepak | De Paula ada kualiti
Kapten Perak FC Shahrul Saad pertahankan tindakan pasukan itu bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM jadikan rakan sepasukannya Guilherme De Paula sebagai pemain naturalisasi negara. Shahrul yang juga pertahanan skuad kebangsaan ketika berbicara bersama wartawan Zulhelmi Zainal Azam, percaya penyerang dari Brazil itu mampu beri sumbangan kepada Harimau Malaya khususnya dalam Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia Jun nanti.

Runtuhan struktur besi binaan SUKE: Pemandu treler positif dadah - Polis
Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan perancah besi dalam pembinaan Lebuh Raya SUKE didapati positif dadah.

Hari paling berdarah di Myanmar, 38 penunjuk perasaan terbunuh
38 terkorban di Myamar pada Rabu dalam kejadian yang disifatkan PBB sebagai hari paling berdarah sejak rampasan kuasa berlaku.

Rakyat diminta ketepi prasangka, yakini usaha kerajaan tangani COVID-19
Ti Lian Ker berkata pengisytiharan darurat dilakukan bagi memastikan segala tumpuan kerajaan akan memfokus sepenuhnya kepada langkah menangani COVID-19.

Rapatkan jurang digital sasaran utama Rangka Tindakan Ekonomi Digital - Mustapa
Sasaran utama Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia bertujuan merapatkan jurang digital dalam kalangan rakyat di bandar dan desa serta antara generasi muda dan tua.

Projek pembesaran dan naik taraf LTSIP di Pengkalan Chepa bermula April - Mustapa
Kerajaan telah bersetuju melantik WCT Bhd. sebagai kontraktor projek pembesaran dan menaik taraf LTSIP dengan kos sebanyak RM440 juta.

15 penyerang di Thailand mungkin cuba selinap masuk Malaysia - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan 15 individu penyerang yang diburu polis Thailand akan cuba memasuki negara ini.

PDRM pastikan Tan Sri, Datuk Seri terlibat sindiket dadah dibawa ke muka pengadilan - KPN
Polis mengenal pasti beberapa dalang utama sindiket penyeludupan dadah di negara ini yang berselindung di sebalik status 'Tan Sri', 'Datuk Seri' dan 'Datuk'.

PM dijadual lancarkan 'MyDigital-Blueprint Ekonomi Digital Malaysia' hari ini
'MyDigital' dirangka sebagai landasan jadikan negara sebagai nadi digital serantau menjelang 2030.M

Majlis Ekonomi Digital bantu selaraskan agensi dan kementerian - Mustapa Mohamed
Adalah wajar bagi EPU membuat serta membentangkan kajian mengenai ekonomi digital negara bagi memudahkan penyelarasan itu.

PM dijadual lancarkan 'MyDigital-Blueprint Ekonomi Digital Malaysia' Jumaat ini
'MyDigital-Blueprint Ekonomi Digital Malaysia' akan dilancarkan pada Jumaat ini yang dirangka sebagai landasan bagi menjadikan negara sebagai nadi digital serantau menjelang 2030.

Kerajaan cari kaedah lebih realistik bantu rakyat terjejas pendapatan - Mustapa
Berdasarkan laporan sebelum ini, sekatan pergerakan yang tegas akan menyebabkan negara kehilangan pendapatan kira-kira RM2.4 bilion sehari.

WEF: Sektor swasta pacu pelaburan tenaga bersih - Mustapa
Sektor swasta akan menyokong segala usaha yang dilakukan kerajaan dalam merealisasikan inisiatif itu.

Mustapa Mohamed sembuh COVID-19, dibenar keluar hospital
Selepas 12 hari menerima rawatan akibat jangkitan COVID-19, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini dibenarkan keluar hospital selepas disahkan sembuh COVID-19