Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk hadir dan bersuara pada persidangan Dewan Rakyat, yang bermula esok.
Tegasnya, ia termasuk mengambil bahagian untuk berbahas di Parlimen mengenai isu-isu yang dibangkitkannya sebelum ini.
"Saya percaya Tan Sri Muhyiddin mesti hadir. Ini medan yang terbaik untuk beliau berdepan dengan Datuk Seri Najib melalui perbahasan titah (Yang di-Pertuan Agong).
"Saya sendiri telah menyebut kepada beliau (Muhyiddin) pada Jumaat baru-baru ini. Saya kata, ‘Tan Sri, kita tidak boleh mengelak untuk mengambil bahagian dalam perbahasan. Kita harus memberikan perbahasan titah dan berani untuk melontarkan isu-isu yang panas, yang selama ini Tan Sri sebut kepada rakyat’," katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi di sini hari ini.
Tegasnya, rakyat menantikan keberanian Muhyiddin untuk berbahas sebagai ahli Parlimen dan berdepan dengan kerajaan.
"Ini yang dinantikan rakyat, iaitu apa yang akan dilakukan dua Tan Sri Muhyiddin dan juga Datuk Seri Shafie Apdal.
"Pada masa sama, Datuk Seri Najib juga perlu berkorban. Ini masa yang terbaik untuk beliau mengumumkan pengunduran sebagai Perdana Menteri," tegas Ahli Jawatankuasa Pusat PAS itu.
Mahfuz juga berharap intipati titah Yang di-Pertuan Agong tidak hanya menjurus kepada pujian kerajaan semata-mata.
"Rakyat menanti titah perasmian yang penuh keberanian. Bukan lagi memuji kerajaan dan Perdana Menteri supaya institusi perundangan bebas cengkaman politik dan berani untuk bertindak ke atas Perdana Menteri,” katanya.
Malah, beliau juga mahu 222 ahli Parlimen memberikan keutamaan kepada negara dan rakyat, bukan hanya kepada parti masing-masing.
Rahimah Abdullah
Sun Mar 06 2016
MAHFUZ: Rakyat menantikan keberanian Muhyiddin untuk berbahas sebagai ahli Parlimen.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Muyhiddin perlu berani berdepan Najib di Dewan Rakyat - Mahfuz
Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar perlu mengambil bahagian untuk berbahas di Parlimen mengenai isu-isu yang dibangkitkannya sebelum ini.