awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

My50, MyWIRA selari agenda memartabatkan pengangkutan awam - Prasarana

Bernama
Bernama
07/10/2022
15:08 MYT
My50, MyWIRA selari agenda memartabatkan pengangkutan awam - Prasarana
Prasarana dalam kenyataan hari ini memaklumkan inisiatif berkenaan adalah bukti kerajaan prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Inisiatif pas bulanan My50 dan pemberian diskaun 50 peratus di bawah program MyWIRA selari dengan hala tuju agenda pengangkutan mesra rakyat untuk memberi kemudahan serta memartabatkan pengangkutan awam.
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan hari ini memaklumkan inisiatif berkenaan adalah bukti kerajaan prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia.
"Prasarana juga menyokong penuh inisiatif memberi diskaun bagi program MyWIRA kepada pemegang kad veteran Angkatan Tentera Malaysia dan kad pesara Polis Diraja Malaysia ke atas penggunaan pengangkutan awam di bawah kendaliannya," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan Prasarana selaku pengendali pengangkutan awam mengalu-alukan pengumuman belanjawan yang dibentangkan dan menyokong penuh Bajet 2023.
BACA: Bajet 2023: RM400 juta tambah baik perkhidmatan awam, MY50 diteruskan
Petang tadi, dalam pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata inisiatif pas bulanan My50 akan diteruskan pada tahun depan yang memberi manfaat kepada hampir 180,000 pengguna dengan subsidi sehingga RM150 sebulan atau RM1,800 setahun.
Inisiatif My50 merupakan sebuah pas perjalanan tanpa had bernilai RM50 sebulan untuk penggunaan perkhidmatan rel dan bas kendalian Prasarana di Lembah Klang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#My50
#MyWIRA
#prasarana
#Bajet 2023
#pas bulanan
#diskaun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan