JOHOR BAHRU: Humanitarian Care Malaysia (MyCare) berjaya mengumpul sumbangan RM1 juta untuk disalurkan dalam bentuk kewangan, perubatan dan makanan kepada rakyat Palestin yang berdepan serangan tentera rejim Zionis Israel.
Pengurus MyCare Johor Rozi Abdul Ghani berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM350,000 disumbangkan MyCare Johor.
"Alhamdulillah, MyCare telah menyalurkan sumbangan fasa pertama sebanyak RM500,000 dan peringkat kedua kita bersama Wisma Putra salurkan dari segi perubatan berjumlah RM500,000 lagi.
"Jadi kita telah salurkan sebanyak RM1 juta dan kita akan teruskan," katanya kepada pemberita pada majlis Himpunan Aman Solidariti Rakyat Untuk Palestin di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di sini hari ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kayat berkata himpunan aman solidariti wajar diteruskan bagi menzahirkan solidariti kepada Palestin.
"Ia penting sebab kita hendak beri kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang apa yang berlaku di Palestin itu adalah satu bentuk penjajahan.
"Ia bukan sahaja terkena pada orang Islam tetapi seluruh rakyat Palestin tidak kira agama...ada yang bukan Islam seperti Kristian dan sebagainya yang menjadi mangsa kekejaman dan kezaliman Zionis Israel," katanya.
Terdahulu, hampir 1,000 penduduk PPR Kempas Permai serta orang ramai termasuk wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai Himpunan Aman Solidariti Rakyat Untuk Palestin sebagai tanda sokongan kepada Palestin.
--BERNAMA
Bernama
Sun Nov 12 2023
Pengurus MyCare Johor Rozi Abdul Ghani berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM350,000 disumbangkan MyCare Johor. - Gambar fail/MyCare
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
MyCare kutip RM1 juta untuk Palestin
MyCare berjaya mengumpul sumbangan RM1 juta untuk disalurkan dalam bentuk kewangan, perubatan dan makanan kepada rakyat Palestin.
'Doa dan solidariti, bantu kami sebar kebenaran', rayu penduduk Palestin
Ziad menggesa umat Islam bersatu dalam menyebarkan kepada dunia situasi sebenar yang sedang dihadapi rakyat Palestin.
MyCare sasar sumbangan RM3.5 juta untuk komuniti Islam kurang bernasib baik
Kempen MyRamadan turut memperuntukkan bantuan kepada masyarakat kurang bernasib baik di Malaysia seperti ibu bapa tunggal, anak yatim dan OKU.
MyCare mahu PBB, pihak antarabangsa desak pembebasan 22 aktivis kapal Al-Awda
Tindakan merampas kapal Al-Awda dan membawa anak kapalnya masuk ke Israel secara paksa adalah satu rompakan dan penculikan.
"Nak hantar bantuan bagaimana? Misi bantuan kemanusiaan disekat Bashar"
Itu antara luahan dan pendedahan yang dikongsikan Naib Presiden Syria Care, Ustaz Rizal Ali ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu mengenai nasib-nasib penduduk bumi Ghouta.
Women's Boat to Gaza menghampiri perairan Gaza
Dr Fauziah Mohd Hasan bersama 12 aktivis kemanusiaan lain dijangka memasuki perairan Gaza, Palestin kira-kira 11 pagi esok waktu Malaysia.