awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Greta Thunberg ditahan dalam protes di London, sokong mogok lapar Palestine Action
Rusia ‘tidak boleh sabotaj’ usaha diplomasi AS - Zelenskyy
Petronas perkukuh agenda integriti, antirasuah bersama SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MyCC tumpaskan lima kes kartel libatkan penalti RM415.5 juta tahun lepas - Armizan

Bernama
Bernama
16/01/2025
15:40 MYT
MyCC tumpaskan lima kes kartel libatkan penalti RM415.5 juta tahun lepas - Armizan
Armizan berkata, sebanyak RM1.5 juta penalti kewangan turut dikenakan terhadap 15 syarikat kerana terlibat dalam kartel tipuan bida. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berjaya menumpaskan lima kes kartel pengeluar makanan ayam utama di Malaysia tahun lepas, dengan jumlah penalti kewangan sebanyak RM415.5 juta.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali dalam kenyataan hari ini berkata sebanyak RM1.5 juta penalti kewangan turut dikenakan terhadap 15 syarikat kerana terlibat dalam kartel tipuan bida.
"Dalam masa sama, MyCC telah mengeluarkan tiga keputusan cadangan terhadap 92 syarikat lain dan satu keputusan akhir terhadap tujuh syarikat berdasarkan bukti-bukti keterlibatan dalam kartel tipuan bida.
"Sehingga kini juga, MyCC terus giat menyiasat lebih 500 syarikat yang disyaki terlibat dalam kartel tipuan bida berkaitan tender-tender kerajaan bernilai RM2.3 bilion," katanya.
Sementara itu, Armizan berkata dalam usaha memperkasa gerak kerja MyCC untuk memecahkan tembok penguasaan kartel, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM27 juta kepada suruhanjaya itu dalam Belanjawan 2025, iaitu jumlah tertinggi dalam sejarah badan bebas yang ditubuhkan pada tahun 2011.
Beliau berkata kementerian berkenaan melalui MyCC juga mengadakan Simposium Undang-Undang Persaingan bertajuk Behind Closed Doors: The Hidden Drivers of Market Distortion hari ini bagi memperkasakan MyCC.
Simposium itu bertujuan mendalami isu-isu kritikal terkait persaingan seperti tipuan bida dalam perolehan awam, kenaikan harga makanan, rejim kawalan penggabungan dan dominasi pemain-pemain ekonomi digital.
MyCC juga sedang dalam proses cadangan untuk melaksanakan pindaan kepada Akta Persaingan 2010, dan antara cadangan pindaan itu termasuk mengenakan penalti yang lebih berat serta pemberian ganjaran kepada pemberi maklumat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MyCC
#kartel
#pengeluar makanan ayam
#penalti
#Armizan Mohd Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan