KOTA BHARU: Sejumlah 250 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) memasarkan produk mereka di Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) di seluruh negara setakat ini, kata Pengarahnya Datuk Ameer Ali Mydin.
Beliau berkata, daripada jumlah PMKS tersebut Mydin mencatatkan pembelian produk kira-kira RM230 juta setahun membabitkan pelbagai barangan.
"Sebanyak 90 peratus pembelian adalah produk makanan dan minuman kerana ia adalah keperluan harian.
"Tahun ini kita jangka jumlah pembelian produk daripada PMKS ini akan meningkat memandangkan semakin ramai usahawan PMKS sudah mendapat sijil halal dan produk mereka telah dimasukkan ke pasar raya ini," katanya kepada pemberita pada Majlis Jelajah Halal Malaysia (JHM) 2023 Kelantan, di sini, hari ini.
Ameer berkata bagi negeri Kelantan seramai 10 usahawan yang mempunyai sijil halal memasarkan produk mereka di pasar raya itu dengan jumlah pembelian sebanyak RM25 juta.
Menurutnya, Mydin sentiasa membuka peluang dan komited membantu usahawan PMKS untuk mengembangkan perniagaan mereka.
"Kita memang mengalu-alukan usahawan PMKS memasarkan produk mereka di pasar raya kami. Mereka boleh datang berjumpa dengan kita untuk berbincang," katanya.
Bagaimanapun, katanya, pada peringkat awal pihaknya akan mencadangkan usahawan terbabit memasarkan produk di pasar raya Mydin yang terdekat terlebih dahulu bagi melihat kemampuan mereka memenuhi permintaan pasaran sebelum meluaskan jualan ke cawangan Mydin yang lain.
Sementara itu, pada majlis jelajah anjuran Halal Development Corporation (HDC) itu sebanyak 16 lagi syarikat PMKS Kelantan diumumkan berjaya memasarkan produk mereka di pasar raya Mydin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 18 2023
Antara usahawan yang terpilih sebagai pembekal Mydin Tunjong sempena Jelajah Halal Malaysia 2023 Kelantan, hari ini. - Bernama
Presiden Afrika Selatan seru parti bertanding cari titik persamaan atasi kebuntuan
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa menyeru parti politik yang memenangi undi dalam pilihan raya minggu lepas supaya mencari titik persamaan.
AWANI Ringkas: Bantu siasatan kes kematian Zayn Rayyan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Sungai Bakap: Pas Pulau Pinang sudah ada senarai pendek calon
Pas Pulau Pinang sudah mempunyai senarai pendek calon yang akan bertanding dalam PRK Sungai Bakap susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.
Sindiket hantar PATI dari Kelantan ke KL guna bas ekspres tumpas
Menempatkan PATI di sebuah rumah transit sebelum dibawa menggunakan bas ekspres ke Kuala Lumpur antara taktik dibongkar susulan operasi dijalankan sekitar Kota Bharu.
Konsert amal The Legends raih lebih RM100,000, bantu penggiat seni memerlukan
Konsert 'Makan Malam Amal The Legends' yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, di sini malam tadi, berjaya mengumpul dana lebih RM100,000.
Skuad sepak takraw negara terima insentif khas daripada MSN - Hannah
Pasukan sepak takraw kebangsaan bakal menerima insentif khas berjumlah RM170,000 daripada Majlis Sukan Negara (MSN) susulan kejayaan membanggakan pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Kes Zayn Rayyan: Pengasuh bersama dua individu dipanggil polis
Tiga individu termasuk pengasuh kepada Zayn Rayyan yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember lalu dipanggil polis untuk dirakam keterangan pada Isnin.
Gencatan senjata: Retorik?
Apa cara untuk pastikan usaha ke arah gencatan senjata kekal dapat dicapai untuk menamatkan konflik di Gaza?
Nvidia umum hala tuju bagi semikonduktor baharu, platform Rubin pada 2026
Nvidia umum pelan hala tuju terbaharunya bagi kelompok semikonduktor baharu yang disifatkan bakal tiba dalam 'one year rhythm' atau ritma setahun.
Filem The Experts catat RM10 juta, jadi pilihan ramai di pawagam
The Experts terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM10juta.
KKD akan umum berita baik untuk pengamal media - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengumumkan berita baik buat pengamal media yang berdaftar dengan Jabatan Penerangan tidak lama lagi, kata Menterinya Fahmi Fadzil.
Kerjasama MYDIN-GOLOG manfaat platform pintar logistik edar produk sejuk beku
Rangkaian pemborong dan peruncit terbesar tempatan MYDIN bekerjasama dengan GOLOG menerusi penggunaan platform pintar logisitik rangkaian sejuk pertama di negara ini.
Selagi COVID-19 ada, peningkatan kos bisnes tidak dapat dielak - Ameer Ali Mydin
Kekangan SOP yang mengehadkan operasi perniagaan terpaksa diatasi dengan menaikkan harga supaya dapat terus hidup.
Dialog Tiga Penjuru malam ini: Cerita harga barang, mencari titik tengah keuntungan peniaga-pengguna
Apa yang boleh dilakukan supaya setiap pihak berada dalam keadaan menang-menang, tak siapa rugi dan tiada yang untung lebih.
PKPB: Mydin sokong sekat kanak-kanak, tapi bukan warga emas
Jelasnya, warga emas sudah cukup matang dan tahu status kesihatan mereka. Jika mereka berisiko, sewajarnya warga emas perlu kekal di rumah.