awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
NAIO kumpul maklum balas awam untuk Pelan Tindakan Teknologi AI Kebangsaan
MALAYSIA
Henti beri EOT tanpa alasan munasabah kepada projek lewat siap - Dr Zaliha
DUNIA
Arahan berpindah dikeluarkan ketika ribut kuat landa pantai timur Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

MyFashion Chamber mahu angkat martabat industri fesyen ke persada dunia

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
01/07/2025
11:45 MYT
MyFashion Chamber mahu angkat martabat industri fesyen ke persada dunia
Dr Leena (kanan) melancarkan MyFashion Chamber bagi mengangkat martabat industri fasyen negara ke persada dunia. - Foto MyFashion Chamber
KUALA LUMPUR: Fesyen bukan sekadar tentang penampilan, tetapi juga medium penting dalam memupuk kecintaan terhadap budaya dan warisan tempatan.

Ringkasan AI
  • MFC ditubuhkan sebagai platform menyatukan pereka fesyen Malaysia, dengan matlamat mengangkat fesyen berteraskan budaya, identiti dan ketahanan ke peringkat global serta menjadikan Asia peneraju industri kreatif yang inklusif.
  • Dr Leena Al-Mujahed menekankan bahawa fesyen adalah bahasa sejagat, dan MFC berperanan merapatkan jurang budaya, memperkasa kepimpinan wanita serta membuka peluang kerjasama antarabangsa melalui kreativiti dan diplomasi budaya.
  • Fesyen tempatan yang menggabungkan elemen tradisional seperti batik, songket dan tenunan dilihat mampu menarik minat generasi muda serta memupuk kecintaan terhadap warisan negara dalam gaya kontemporari.

Melalui rekaan busana yang menggabungkan elemen tradisional seperti motif batik, songket, tenunan dan simbolik seni tempatan, budaya masyarakat dapat ditonjolkan dalam gaya yang segar dan kontemporari.
Pendekatan ini bukan sahaja mengangkat nilai estetika, malah berpotensi menarik minat generasi muda untuk lebih menghargai warisan negara.
Terbaharu, inisiatif penubuhan MyFashion Chamber (MFC) dilihat sebagai pemangkin dalam memperkasa industri fesyen tempatan ke peringkat global, dengan mengetengahkan fesyen berteraskan ketahanan, identiti dan budaya tempatan.
Menurut Pengasas dan Pengerusi MFC, Dr Leena Al-Mujahed, penubuhan MFC itu menjadi titik tolak dalam anjakan paradigma baharu dalam dunia fesyen dengan mengumpulkan semua pereka fesyen di bawah satu bumbung.
“Hari ini bukan sekadar pelancaran satu platform baharu, sebaliknya permulaan kepada satu perubahan besar dalam industri kreatif dan seni ini khususnya dalam bidang fesyen.
“Saya percaya dengan adanya MFC dapat mencipta pentas global yang menyatukan kepelbagaian fesyen bermutu tinggi sekali gus menjadikan Asia sebagai peneraju kepimpinan industri kreatif dan inklusif,” katanya dalam satu kenyataan.
Dr Leena turut menjelaskan bahawa MFC diwujudkan bagi menyatukan suara dan idea kreatif dari seluruh negara, merapatkan jurang budaya, menghubungkan bakat, serta membuka lebih banyak peluang kerjasama antarabangsa.
“Medium ini sebagai platform untuk memperkasa pereka, mengangkat kepimpinan wanita dan menjadikan nilai kreativiti kepada peluang ekonomi dan diplomasi budaya antarabangsa.
“Ini kerana, sifat fesyen adalah sejagat. Meskipun mempunyai identiti tersendiri, namun ia tidak mengenal sempadan, malah fasyen juga adalah bahasa sejagat untuk kita berkarya menerusi kreativiti, ketahanan dan transfirmasi,” jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#MyFashion Chamber
#Industri fesyen
#Dr Leena Al-Mujahed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami