KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menyelesaikan 676 aduan berkaitan masalah jalan raya dalam tempoh satu hingga 30 hari, manakala 236 aduan sedang dalam proses tindakan.
Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata 912 daripada 3,403 aduan yang diterima melalui aplikasi MYJalan bermula 1 Ogos hingga 23 Okt lepas itu membabitkan jalan kendalian agensi KKR, manakala selebihnya (2,491 aduan) ialah jalan negeri dan jalan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Beliau berkata daripada 912 aduan itu, 30 peratus atau 275 aduan melibatkan jalan berlubang, 20 peratus (187 aduan) berkenaan lampu jalan, 19 peratus (174 aduan) bagi jalan rosak, 11 peratus (98 aduan) berhubung lampu isyarat dan tujuh peratus (64 aduan) membabitkan garisan jalan.
Dalam hantaran menerusi laman Facebook beliau, Nanta berkata lima peratus lagi atau 49 aduan diterima berkaitan halangan, tiga peratus (23 aduan) untuk papan tanda, dua peratus (21 aduan) tentang kemudahan awam, dua peratus (16 aduan) bagi perabot jalan dan satu peratus (lima aduan) berkenaan tanah runtuh.
"Semua aduan ini membabitkan jalan di bawah seliaan KKR melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), selain jalan negeri dan jalan PBT masing-masing di bawah bidang kuasa kerajaan negeri serta PBT yang terlibat," katanya.
Beliau berkata di bawah dasar No Wrong Door Policy yang diterapkan dalam aplikasi MYJalan, KKR tetap menerima semua aduan termasuk jalan negeri dan PBT, seterusnya memajukan laporan terbabit kepada pihak yang bertanggungjawab.
"Justeru, selari konsep Malaysia MADANI di bawah Kerajan Perpaduan, KKR akan terus meningkatkan kerjasama dengan pihak berkaitan untuk memastikan aduan melalui aplikasi MYJalan yang disalurkan kepada mereka dapat diambil tindakan dengan sewajarnya, selain mengenal pasti penambahbaikan yang boleh dilaksanakan dari semasa ke semasa," katanya.
Pada masa sama, Nanta berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama kementerian lain yang terlibat bagi bekerjasama dalam menangani isu berkaitan dengan jalan raya, selari prinsip whole of Government approach.
"Saya percaya, isu-isu berkaitan jalan raya boleh dikendalikan dengan lebih baik dan pantas dengan kerjasama baik dan rapat antara semua pihak berkepentingan terutama KKR, kerajaan negeri, PBT dan pengguna jalan raya sendiri," katanya.
Aplikasi MYJalan yang diperkenalkan KKR pada 1 Ogos dan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Ogos lepas ialah satu inisiatif bagi memudahkan pengguna jalan raya membuat aduan berkaitan kerosakan jalan raya, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 28 2023
Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menyelesaikan 676 aduan berkaitan masalah jalan raya dalam tempoh satu hingga 30 hari.- Gambar hiasan/Unsplash
Angka korban hujan ribut, banjir di Afghanistan cecah lebih 330
Di wilayah Baghlan saja, lebih 300 maut dan lebih 1,000 kediaman dilaporkan musnah.
Akademi Dalam Industri perkukuh saluran bakat mahir dan keperluan industri
Inisiatif Akademi Dalam Industri berpotensi merubah landskap pasaran buruh negara secara signifikan.
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
Jalan rosak: KKR, MoT, KPKT kukuh jalinan kerjasama
Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Pengangkutan (MOT) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengadakan perbincangan semalam dalam usaha mengukuhkan lagi jalinan kerjasam.
KKR, MOSTI jalin kerjasama perkasa MYJalan menerusi program Sandbox
KKR dengan kerjasama MOSTI akan melaksanakan program Sandbox Infrastruktur Jalan Pintar yang bakal menyelesaikan pelbagai isu.
Siri Jelajah MYJalan KKR akan dilancar, Johor jadi negeri pertama
Program jelajah berkenaan akan bermula di Johor selepas pihaknya menerima pelawaan daripada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz sendiri.
KKR terima 5,836 aduan menerusi aplikasi MYJalan, 1,203 diselesaikan - Nanta
Kementerian Kerja Raya telah menyelesaikan sebanyak 1,203 aduan daripada keseluruhan 5,836 aduan yang diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat 6 Dis lepas.
KKR terima 5,440 aduan menerusi aplikasi MYJalan
Kementerian Kerja Raya (KKR) menerima sebanyak 5,440 aduan menerusi aplikasi MYJalan sejak dilancarkan pada 24 Ogos hingga 30 Nov lepas.
Aduan menerusi kempen MYJalan dijadikan data induk - Alexander
Data yang dikumpul menerusi aduan Kempen MYJalan dijadikan sebagai data induk dalam menganalisis kerosakan dan memperbaiki jalan raya di negara ini, kata Menteri Kerja Raya.
KKR akan perkenal Program 'Sandbox' Infrastruktur Jalan Pintar - Nanta
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memperkenalkan Program 'Sandbox' Infrastruktur Jalan Pintar di jalan seluruh negara di bawah Kempen MYJalan.
3,750 aduan jalan rosak diterima menerusi MYJalan setakat 30 Okt
Sejumlah 3,750 aduan diterima melalui aplikasi MYJalan bagi tempoh 1 Ogos hingga semalam (30 Okt), antaranya berkaitan masalah jalan berlubang, kerosakan papan tanda dan perabot jalan.
KKR terima lebih 10 kali ganda aduan kerosakan jalan menerusi MYJalan - Nanta
Aduan kerosakan jalan raya diterima Kementerian Kerja Raya menerusi aplikasi MYJalan sejak dilancarkan Ogos lalu meningkat 10 kali ganda.