awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MyMidCareer40 bantu 13,070 individu bekerja semula - Perkeso

Bernama
Bernama
06/08/2023
21:45 MYT
MyMidCareer40 bantu 13,070 individu bekerja semula - Perkeso
Mohammed Azman Aziz berkata program itu dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia bagi menyediakan peluang kepada golongan pencari kerja berumur 40 tahun dan ke atas. - Foto Facebook/Azman Aziz
KOTA BHARU: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah membantu 13,070 individu berusia 40 tahun ke atas untuk bekerja semula menerusi inisiatif MyMidCareer40, di seluruh negara sejak Januari hingga Julai tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata program itu dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia bagi menyediakan peluang kepada golongan pencari kerja berumur 40 tahun dan ke atas.
"Golongan ini diyakini berupaya memacu sosioekonomi penduduk.
"Pendekatan mengoptimumkan guna tenaga kerja ini juga adalah sebahagian daripada persediaan membantu negara mendepani peralihan pasaran buruh ke arah negara menua," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Penyerahan Peralatan Bengkel Tajaan Program Cakna Prihatin di Kampung Hutan Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini pada Ahad.
Turut hadir Pengarah Perkeso Kelantan Nora Yaacob.
Sementara itu Mohammed Azman berkata sebanyak 2,539 jawatan kosong dalam pelbagai sektor ekonomi ditawarkan Perkeso sempena penganjuran Karnival Kerjaya MyFutureJobs Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.
Mohammed Azman berkata karnival bertemakan 'MyMidCareer40' itu bertepatan dengan latar belakang demografi penduduk di Kelantan yang merupakan antara negeri mencatatkan bilangan tanggungan tinggi bagi ketua isu rumah.
Beliau berkata program itu adalah satu daripada usaha pemerkasaan golongan pencari kerja berusia 40 tahun dan ke atas yang diharap turut memberikan konsep perlindungan sosial secara inklusif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MyMidCareer40
#perkeso
#Mohammed Azman Aziz Mohammed
#Kementerian Sumber Manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan