KUALA LUMPUR: Seramai 252,767 individu disaring untuk penyakit tidak berjangkit (NCD) di seluruh negara setakat semalam (29 Sept), berdasarkan jumlah saringan yang direkodkan aplikasi MySejahtera.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, daripada jumlah itu, seramai 173,722 individu berumur 40 tahun ke atas yang disaring mendapati 47.34 peratus disahkan menghidap NCD; 46.34 peratus mempunyai faktor risiko NCD manakala 6.31 peratus adalah sihat.
Beliau berkata, seramai 79,045 individu berumur bawah 40 tahun telah disaring dan hasilnya mendapati 31.48 peratus daripada mereka disahkan menghidap NCD; 54.58 peratus mempunyai faktor risiko NCD, dan 13.91 peratus adalah sihat.
Katanya, individu yang dikesan berisiko telah dirujuk ke klinik kesihatan untuk menjalani pemeriksaan lanjut bagi mengesahkan status kesihatan mereka dan seterusnya diberi intervensi bagi mengawal faktor risiko dan penyakit yang mungkin dihidapi.
"NCD masih menjadi beban utama penyakit di Malaysia dan hampir separuh daripada individu yang menghidap NCD tidak pernah mengetahui status kesihatan mereka atau tidak sedar yang mereka menghidap NCD sehinggalah ia dikesan pada tahap yang teruk.
"Kementerian Kesihatan (KKM) menyeru agar semua masyarakat, terutama yang berumur 40 tahun ke atas, mempunyai faktor risiko NCD dan belum pernah atau telah lama tidak menjalani saringan kesihatan, untuk segera membuat tempahan janji temu di dalam aplikasi MySejahtera dan melakukan saringan kesihatan di fasiliti kesihatan yang berhampiran," katanya dalam kenyataan hari ini.
Khairy berkata, aplikasi MySejahtera telah dikemas kini dengan pelbagai fungsi baharu bagi menyokong pelaksanaan Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) yang merupakan satu daripada aktiviti utama di bawah Teras 3 Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) iaitu 'Kawalan Kesihatan Kendiri'.
Menurutnya, pengguna MySejahtera kini dapat mengakses maklumat kesihatan mereka melalui fungsi 'Rekod Kesihatan' pada aplikasi itu setelah menjalani saringan kesihatan di fasiliti kesihatan kerajaan.
Beliau berkata, fungsi itu akan diperluaskan ke semua fasiliti swasta yang berdaftar, termasuk saringan di bawah program PeKaB40 dan PERKESO.
Katanya, tempahan janji temu bagi menjalani saringan kesihatan juga boleh dibuat melalui fungsi Janji Temu yang diwujudkan dalam MySejahtera, di samping penggunaan sistem janji temu sedia ada di fasiliti kesihatan.
NHSI dengan tagline 'Jom Saring!' mula dilaksanakan pada Julai sehingga Disember ini melalui kerjasama rakan-rakan strategik KKM termasuk agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Antara program saringan yang dihimpunkan di bawah NHSI ialah perkhidmatan saringan kesihatan di hampir kesemua fasiliti kesihatan KKM, program Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40), Pakej Saringan Kesihatan PERKESO dan lain-lain.
Menurut Khairy, saringan di bawah program PeKa B40, yang menawarkan saringan kesihatan secara percuma mencatatkan jumlah keseluruhan 724,321 saringan sejak dilancarkan pada 2019 dan seramai 170,987 orang disaring bagi tahun ini.
"Bagi Pakej Saringan Kesihatan PERKESO pula, hampir 9,500 pekerja memanfaatkan baucar pemeriksaan kesihatan yang disediakan sehingga 22 Sept lepas," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Sep 30 2022

Seramai 252,767 individu disaring untuk penyakit tidak berjangkit (NCD) di seluruh negara setakat semalam (29 Sept), berdasarkan jumlah saringan yang direkodkan aplikasi MySejahtera, kata Khairy Jamaluddin. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR

Pembaharuan perlu dibuat biarpun semakan subsidi mungkin cetus inflasi - SERC
Inflasi dijangka meningkat pada paras 2.8-3.5 peratus pada 2024 daripada anggaran 2.5 peratus tahun ini.

Peranan Teraju distrukturkan semula - Rafizi
Teraju adalah antara agensi di bawah Kementerian Ekonomi yang diberikan mandat untuk membangunkan ekosistem perniagaan dan ekonomi Bumiputera.

Kikis persepsi negatif, beri peluang bekas banduan kembali pada masyarakat
Persepsi bahawa bekas banduan sebagai penjenayah untuk selama-lamanya dan tidak boleh kembali ke pangkuan masyarakat perlu dikikis.

Menteri, timbalan menteri mesti kerap turun padang ke Labuan, pantau isu rakyat, ekonomi
Menteri atau timbalan menteri berkaitan pembangunan sosioekonomi di Labuan diarahkan untuk membuat lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan ini setiap minggu atau selang seminggu.

KPDN dalam usaha bawa produk tempatan ke luar negara
Inisiatif berkenaan merupakan kerjasama antara KPDN dengan Pasar Raya Lulu Malaysia sejak ia beroperasi pada 2016.

Malaysia-Indonesia teruskan kerjasama pertingkat kredibiliti minyak sawit - KPK
Solidariti industri yang direncanakan bersama Malaysia-Indonesia bagi meningkatkan kredibiliti minyak sawit di mata dunia akan diteruskan.

KPWKM komited perkasa pendidikan kesihatan reproduktif, gejala sosial
KPWKM terus komited dalam melipatgandakan usaha memperkasakan pendidikan kesihatan reproduktif dan gejala sosial dalam kalangan remaja.

Utamakan tingkat kemahiran, latihan semula untuk pupuk tenaga kerja mampan - Sivakumar
Majikan digesa mengutamakan usaha peningkatan kemahiran dan melatih semula kemahiran sumber manusia, bagi memupuk tenaga kerja yang dinamik, mampan dan berdaya tahan.

Kualiti aset industri perbankan kekal mantap - RAM Ratings
Kualiti aset industri perbankan Malaysia kekal berdaya tahan, dengan nisbah GIL 1.72 peratus dalam sistem pada akhir September 2023.

Rakyat setuju bayaran balik PTPTN adalah tanggungjawab yang perlu dipenuhi
Maklum balas itu diperoleh daripada penganjuran Hari Terbuka Pendidikan Tinggi yang berlangsung pada 23 Okt lepas.

Kurang sebulan MyMinda dilancarkan, lebih 17,000 saringan mental direkodkan
Sejak perkhidmatan modul MyMinda diperkenalkan pada 21 Okt menerusi aplikasi MySejahtera, sebanyak 17,300 saringan mental direkodkan.

PRN: Pengundi positif COVID-19 mula terima panduan keluar mengundi di MySejahtera
Individu positif COVID-19 yang layak mengundi akan menerima mesej di aplikasi MySejahtera bermula hari ini hingga Sabtu.

Janji temu rawatan pergigian melalui MySejahtera - KKM
KKM akan memperkenalkan fungsi peringatan secara automatik melalui aplikasi MySejahtera yang mana, orang awam akan diberi notifikasi untuk hadir pada masa dan tarikh yang telah ditempah.

COVID-19: Sambutan dos penggalak masih kurang memuaskan - Dr Zaliha
Sambutan orang ramai terhadap pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 masih kurang memuaskan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Pembelian MySejahtera antara tumpuan Dewan Rakyat
Soalan itu dikemukakan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) kepada Menteri Kesihatan.

Pemantauan pesakit tidak bergejala guna MySejahtera sepenuhnya mula tahun ini
Pelaporan dan pemantauan pesakit COVID-19 yang tidak bergejala akan menggunakan platform MySejahtera secara keseluruhan bermula tahun ini.

KKM perluas sistem janji temu di fasiliti kesihatan primer melalui MySejahtera
Sistem janji temu itu bertujuan membantu fasiliti kesihatan primer mengatur jadual perkhidmatan berdasarkan kapasiti masing-masing.

Pelantikan pembangun aplikasi MySejahtera tidak teratur, harga siling RM196 juta tinggi - PAC
PAC mendapati pelantikan KPISoft (Entomo) sebagai pembangun aplikasi MySejahtera pada Mac 2020 didapati tidak teratur serta tidak berlandaskan prosedur atau tatacara perolehan kerajaan.

MySejahtera dijadikan platform digital kesihatan awam - Khairy
Aplikasi MySejahtera akan dijadikan platform digital kesihatan awam negara berikutan transisi peralihan negara daripada pandemik COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

MySejahtera rekod lebih 250,000 individu disaring untuk penyakit tidak berjangkit
Daripada jumlah itu, seramai 173,722 individu berumur 40 tahun ke atas yang disaring mendapati 47.34 peratus disahkan menghidap NCD.