awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MyWatch mahu Bukit Aman kendali siasatan kes tembak Sanjeevan

Bernama
Bernama
13/08/2013
09:44 MYT
MyWatch mahu Bukit Aman kendali siasatan kes tembak Sanjeevan
Sri Sanjeevan
Badan pemantau jenayah, MyWatch, mahu Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mengambil alih siasatan kes tembak pengerusi badan itu R.Sri Sanjeevan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.
Bagi tujuan itu satu laporan polis dibuat di sini pagi ini.
Bapa Sri Sanjeevan, P.Ramakrishnan, 62, hadir bersama Penasihat MyWatch, S. Gobi Krishnan di Balai Polis Travers, Bangsar pada pukul 11.55 pagi ini membuat laporan itu.
Gobi Krishnan berkata Sri Sanjeevan pernah membuat beberapa laporan polis terhadap anggota dan pegawai polis di Negeri Sembilan dan berkemungkinan berlaku konflik kepentingan jika polis Seremban menjalankan siasatan itu.
Oleh itu siasatan kes perlu dikendalikan pegawai di Bukit Aman, dan diselesaikan secepat mungkin, katanya. Beliau berkata, pihaknya akan bertemu dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara berkenaan dan perkembangan siasatan kes.
Beliau berkata Sri Sanjeevan masih tidak sedarkan diri dan masih menggunakan alat bantuan pernafasan. Sri Sanjeevan, 29, parah di bahagian rusuk kanan selepas terkena satu das tembakan yang dilepaskan dua lelaki bermotosikal di simpang jalan di Taman Cempaka, Bahau kira-kira 4.30 petang pada 27 Julai lepas.
Beliau kini dirawat di Hospital Serdang di sini selepas dipindahkan dari Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.
Topic Berkaitan
#my watch
#Sri Sanjeevan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan