MALAYSIA
Nahas di Gua Musang: Jenazah empat mangsa selamat dikebumi dalam satu liang lahad

Jenazah empat mangsa yang maut dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta dan lori treler di Gua Musang selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kubang Bemban, Pasir Mas, malam tadi. - Gambar Bernama
PASIR MAS: Jenazah empat mangsa yang maut dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta dan lori treler di Gua Musang pada Isnin, telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kubang Bemban, di sini, pada pukul 11.30 malam..
Terdahulu, jenazah kesemua mangsa telah dituntut oleh ahli keluarganya di Jabatan Forensik Perubatan, Hospital Gua Musang selepas proses bedah siasat selesai dijalankan.
Dalam kejadian pada pukul 9.15 pagi, empat orang maut termasuk dua kanak-kanak, manakala seorang lagi cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori treler di Jalan Utama, Felda Chiku 1, Gua Musang.
Mangsa yang maut adalah Muhammad Faiz Nor Amran, 32, dan adiknya Nor Aina Imra, 21, serta dua anak Muhammad Faiz iaitu Muhammad Aryan Fattah, 5, dan Muhammad Ayden Fattah berusia empat tahun.
Isteri Muhammad Faiz, Tuan Norsyuhada Mohd Zain, 23, yang memandu kereta tersebut pula mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan dada akibat tersepit di tempat duduk pemandu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami