KUALA LUMPUR: Laporan awal mengenai nahas pesawat Pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam sehingga mengorbankan nyawa bulan lepas mendedahkan bahawa, mangsa kemalangan itu tidak mungkin dapat diselamatkan (not survivable) disebabkan magnitud daya hentaman kuat (deceleration force) dan kebakaran dahsyat susulan nahas.
Menurut Laporan Awal Kemalangan Pesawat oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) Kementerian Pengangkutan (MOT), berdasarkan analisis visual dan pemerhatian di tempat kejadian, hujung sayap kanan pesawat itu merupakan bahagian pertama yang menghentam bumi, sebelum disusuli serta-merta dengan bahagian muncung hadapan pesawat itu pada kelajuan tinggi.
Laporan setebal 60 halaman itu mengatakan bahawa pecutan jangka pendek (0.1-0.5 saat) yang biasa dilihat dalam perlanggaran pada kelajuan tinggi, membawa kepada kematian penumpang pesawat.
"Impak sekuat ini, corak perlanggaran dan magnitud yang melebihi had toleransi manusia, menunjukkan bahawa ini bukan kemalangan yang boleh diselamatkan," menurut laporan yang diterbitkan di laman web rasmi MOT hari ini.
Dalam kejadian pada 17 Ogos lepas, pesawat persendirian dengan nombor pendaftaran N28JV yang terhempas di Elmina, Shah Alam, telah mengakibatkan 10 orang terkorban, yang terdiri daripada lapan penumpang (enam penumpang dan dua anak kapal penerbangan), serta seorang pemandu e-hailing dan seorang penunggang motosikal (p-hailing)
Merujuk kepada kebakaran susulan nahas, menurut laporan berkenaan perlanggaran dahsyat pesawat itu ke tanah, di samping kewujudan bahan api mudah terbakar di dalam tangki pesawat, mencetuskan kebakaran yang dahsyat.
Menurutnya kebakaran itu menyambar seluruh badan pesawat, penumpang pesawat serta pemandu sebuah kereta dan penunggang motosikal.
"Beberapa mayat hangus. Tiada mangsa yang terselamat dalam kemalangan dahsyat ini," menurut laporan itu.
Sementara itu MOT dalam satu kenyataan hari ini berkata laporan akhir penyiasatan akan disiapkan selewat-lewatnya Ogos tahun depan selaras dengan Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO Annex 13), yang membenarkan tempoh 12 bulan untuk memuktamadkan dokumen susulan kemalangan itu.
Pihak kementerian turut merakamkan penghargaan atas usaha gigih AAIB, dan komited untuk meningkatkan keselamatan penerbangan berdasarkan penemuan biro itu.
"MOT juga menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat dan Biro Penyiasatan Keselamatan Pengangkutan (TSIB) Singapura kerana memberikan bantuan yang tidak ternilai dalam penyiasatan AAIB melalui wakil bertauliah dan penasihat teknikal masing-masing, di dalam negara dan luar negara," kata MOT.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2023
Laporan setebal 60 halaman itu mengatakan bahawa pecutan jangka pendek (0.1-0.5 saat) yang biasa dilihat dalam perlanggaran pada kelajuan tinggi, membawa kepada kematian penumpang pesawat. -Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Nahas pesawat Elmina: Keluarga Allahyarham Johari cadang ambil tindakan
Tragedi tersebut menyebabkan Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai ketika itu dan sembilan yang lain terkorban.
Nahas Elmina: Sambungan 'lift dump spoiler' secara tidak sengaja punca utama
Sambungan lift dump spoilers secara tidak sengaja oleh kru penerbangan semasa rutin pemeriksaan sebelum pendaratan menjadi punca.
Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina dikeluarkan hari ini
Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor yang meragut 10 nyawa pada 17 Ogos tahun lepas akan dikeluarkan pada 3 petang ini.
Perakam suara kokpit ditemukan di lokasi nahas pesawat Brazil
Tiada seorang pun yang terselamat dalam kemalangan itu, yang berlaku pada petang Jumaat.
Boeing setuju mengaku bersalah konspirasi penipuan dalam siasatan nahas maut 737 MAX
Boeing bersetuju untuk mengaku bersalah atas pertuduhan konspirasi penipuan jenayah serta membayar denda AS$243.6 juta bagi menyelesaikan siasatan berhubung kes kemalangan maut dua pesawat 737 MAX.
Juruterbang maut nahas 2 pesawat ketika sambutan ulang tahun Tentera Udara
Nahas udara melibatkan dua pesawat kecil di sebuah pertunjukan udara di Portugal pada Ahad mengorbankan seorang juruterbang dan mencederakan seorang lagi.
Lima maut pesawat terhempas di Virginia
Empat dewasa dan seorang kanak-kanak dilapor meninggal dunia dalam nahas pesawat itu.
12 maut dalam nahas pesawat di Amazon Brazil
Sekurang-kurangnya 12 orang, termasuk seorang bayi, maut apabila pesawat ringan yang mereka naiki terhempas di negeri Acre di barat laut Brazil.
Serpihan bom tangan ditemui dalam mayat Prigozhin - Putin
Presiden Rusia Vladimir Putin mengulas mengenai nahas pesawat yang mengorbankan ketua kumpulan tentera upahan Wagner, Yevgeny Prigozhin.
Nahas Elmina: Mangsa pesawat terhempas tidak mungkin dapat diselamatkan - AAIB
Laporan setebal 60 halaman itu mengatakan bahawa pecutan jangka pendek (0.1-0.5 saat) yang biasa dilihat dalam perlanggaran pada kelajuan tinggi membawa kepada kematian penumpang pesawat.