KUALA LUMPUR:Kemalangan melibatkan dua helikopter jenis Guimbal Cabri G2 (G2CA) di Taman Melawati dekat sini pada Ahad merupakan insiden pertama di negara ini dan Asia Tenggara yang membabitkan pesawat model sama.
Carian Bernama di laman sesawang penerbangan Rangkaian Keselamatan Penerbangan mendapati insiden hari ini merupakan yang ke-45 dan ke-46 sejak kemalangan pertama membabitkan model itu berlaku di Baden, Jerman pada 19 April 2010.
Data itu juga menunjukkan terdapat lima lagi insiden membabitkan model sama yang dilaporkan berlaku pada tahun ini iaitu dua di Amerika Syarikat serta masing-masing satu di Switzerland, Poland dan Australia.
Insiden membabitkan model itu juga adalah yang pertama di rantau Asia Tenggara dan ketiga di Asia selepas dua nahas di Australia pada 2012.
Helikopter keluaran syarikat Perancis, Guimbal itu dilengkapi dengan kipas tiga bilah dan mampu terbang berterusan selama empat setengah jam selain mempunyai kelajuan maksimum 100 knot.
Mengulas insiden yang berlaku hari ini, pakar penerbangan Profesor Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata helikopter jenis ini sering digunakan bagi tujuan latihan dan ia memiliki tiga bilah kipas utama yang membuatkannya lebih stabil apabila melakukan putaran secara automatik atau 'auto-rotation.'
"Auto-rotation itu merupakan kaedah yang boleh diguna pakai jika enjin helikopter tidak berfungsi. Kaedah ini bertujuan untuk mendaratkan pesawat dengan selamat (ketika kecemasan) walaupun daya enjin sudah tiada.
"Jika kedua-dua pesawat itu berlanggar sewaktu latihan, pesawat hendaklah dikendalikan untuk pendaratan cemas. Kawasan lapang hendaklah dicari untuk pendaratan dan kaedah auto-rotation hendaklah diaplikasikan dan mana-mana sistem pesawat yang berada dalam keadaan 'fault' hendaklah diasingkan (untuk tujuan pendaratan)," katanya kepada Bernama.
Juruterbang ujian Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu berkata jika tiada kotak hitam dalam pesawat, siasatan akan dibuat daripada pelbagai aspek antaranya analisis video kejadian, mengambil keterangan saksi, membuat pemetaan komponen pesawat yang dijumpai, menganalisis kesan remukan dan melihat kembali rekod penyelenggaraan bagi mencari punca sebenar kejadian.
"Buat masa sekarang, kita tidak dapat mengagak apa yang menyebabkan tragedi ini berlaku. Pihak berkuasa telah memagarkan tempat kejadian untuk mengumpul bukti-bukti yang berkaitan.
"Video akan diteliti dan saksi kejadian akan ditemu ramah dan juga aplikasi FlightRadar yang menunjukkan pergerakan kedua-dua helikopter di udara akan dianalisis untuk menentukan punca kejadian," katanya.
Sebuah daripada pesawat itu terhempas dan meragut nyawa bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia Mohamed Sabri Baharom, 56, yang beralamat di Wangsa Melawati dan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 41, beralamat di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Sistem Penerbangan Malaysia Datuk Ahmad Jauhari Yahya, 66, dan Tan Chai Eian, 51, yang menaiki sebuah lagi helikopter model 9M-HCA terselamat selepas berjaya melakukan pendaratan cemas di kawasan berdekatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 08 2020

Sebuah daripada pesawat itu terhempas dan meragut nyawa bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia Mohamed Sabri Baharom, dan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi. -Foto Bernama

Bantuan RM500: Pemandu teksi, bas boleh mohon kepada APAD
Sehingga kini, terdapat kira-kira 600 pemohon yang layak tetapi masih belum berdaftar dengan APAD, sekali gus menyukarkan proses penyaluran bantuan.

Pakej bantuan PERMAI boleh rangsang pertumbuhan KDNK, kekalkan PKS - Ahli ekonomi
Pakej bantuan PERMAI bernilai RM15 bilion yang diumumkan hari ini akan membantu mengurangkan kesan lonjakan semula kes COVID-19 dan pelaksanaan PKP 2.0 ke atas KDNK suku pertama.

COVID-19: Thailand perluas pengesanan kes aktif untuk kekang jangkitan dalam komuniti
DDC telah memperluaskan langkah pengesanan kes aktif bagi COVID-19 di Bangkok dan 27 wilayah yang merekodkan lebih 50 kes dalam penularan terkini.

Angkat sumpah Biden | Cabaran besar memulihkan negara
Joe Biden bakal berdepan pelbagai cabaran besar selepas dirasmikan sebagai Presiden Amerika Syarikat Ke-46 pada 20 Januari ini. Selain menangani pandemik COVID-19 yang membunuh 4 ribu penduduk setiap hari, biden juga perlu menyatukan semula rakyat negara itu, terutama selepas serangan di bangunan capitol pada 6 Januari lalu.

FMM minta kerajaan perluaskan Akta COVID-19 untuk sektor perdagangan dan logistik
Ia bertujuan bagi memulihkan sektor perdagangan dan logistik yang merosot akibat pandemik COVID-19.

PKP | Polis tiada kuasa batalkan kompaun
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan atau mengurangkan kompaun yang dikeluarkan terhadap mereka yang melanggar Perintah Kawalan Keselamatan (PKP), kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid.

10 Berita Pilihan - (18 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis, JKNS siasat kes minum arak di pusat kuarantin - Masidi
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memandang serius isu video tular individu meminum minuman keras di sebuah pusat kuarantin.

COVID-19: Tidak sampai seminggu, China siapkan pusat kuarantin dengan 4,160 bilik
Mengikut perancangan asal, pusat kuarantin yang meliputi kawasan seluas 34 hektar itu hanya akan menempatkan 3,000 buah bilik.

Amaran cuaca buruk di pedalaman dan pantai barat Sabah serta Labuan
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di pedalaman dan Pantai Barat di Sabah serta Labuan sehingga esok.

Ayah 'call' 9 kali, kami tak perasan... - Anak mangsa nahas helikopter terkilan
Farid Ridhwan berkata ketika itu dia bersama keluarga berada di rumah dan langsung tidak menghiraukan telefon.

Nahas helikopter Taman Melawati: Suasana pilu selubungi upacara pengebumian Allahyarham Mohd Irfan
Allahyarham Mohd Irfan selamat disemadi di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, dekat sini hari ini sekitar pukul 5 petang tadi.

Tak sangka abang pergi ketika buat aktiviti yang diminati - Adik mangsa nahas helikopter
Allahyarham Sabri berkhidmat dalam TLDM lebih 30 tahun sebelum bersara sebagai Komander.

Nahas helikopter Taman Melawati: Allahyarham Mohd Sabri tinggalkan legasi - Panglima TLDM
Allahyarham yang berkhidmat lebih 30 tahun dalam TLDM meninggalkan sebuah legasi khususnya dalam dunia penerbangan.

Nahas helikopter Taman Melawati: Jenazah Allahyarham Mohd Sabri selamat dikebumikan
Jenazah mangsa nahas helikopter, Allahyarham Komander (B) Mohd Sabri Baharon selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves.

Proses bedah siasat mangsa nahas helikopter Melawati selesai
Jenazah telah diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan dibawa ke Masjid Khalid Al-Walid, Jalan Padang Tembak, di sini untuk dikafan dan disolat.

Nahas helikopter: Kemalangan pertama babitkan model sama di Asia Tenggara
Kemalangan melibatkan dua helikopter jenis Guimbal Cabri G2 (G2CA) di Taman Melawati dekat sini pada Ahad merupakan insiden pertama di negara ini dan Asia Tenggara.

Nahas helikopter Taman Melawati: Muhyiddin rakam ucapan takziah
Perdana Menteri berkata beliau amat sedih apabila mendapat berita mengenai dua individu yang terkorban dan dua lagi cedera dalam nahas itu.

Kronologi tragedi helikopter terhempas di Taman Melawati
Kronologi kejadian helikopter terhempas yang mengorbankan dua jiwa di Taman Melawati, Ampang, hari ini.

Nahas helikopter Taman Melawati: BSKU mulakan siasatan, laporan awal dalam 30 hari - MOT
Laporan awal siasatan perlu disediakan dalam masa 30 hari dari tarikh kejadian kemalangan udara tersebut.