MALAYSIA
Nahas Hornet TUDM: 'Bird strike' punca pesawat terhempas
Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris, berkata siasatan mendapati enjin kiri pesawat gagal berfungsi selepas kemasukan burung ketika pesawat sedang bersedia untuk berlepas. - Gambar fail
KUANTAN: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendedahkan bahawa insiden pesawat pejuang F/A-18D Hornet yang terhempas pada 21 Ogos lalu berpunca daripada pertembungan dengan burung (bird strike).
Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris, berkata siasatan mendapati enjin kiri pesawat gagal berfungsi selepas kemasukan burung ketika pesawat sedang bersedia untuk berlepas.
Beliau menjelaskan, burung yang dikenal pasti terbabit dalam insiden itu adalah daripada spesies bangau paya atau Purple Heron, yang dilaporkan sering berada di ruang udara sekitar pangkalan tersebut beberapa hari sebelum kejadian.
“Hasil siasatan memberi keyakinan bahawa kemalangan pesawat F/A-18D berpunca daripada kegagalan fungsi enjin kiri akibat kemasukan burung ketika pesawat hendak berlepas.
"Penemuan ini disokong oleh analisis rakaman CCTV serta data daripada sistem perakam insiden penerbangan yang terdapat pada pesawat,” katanya.
BACA: Lembaga siasatan peroleh perakam data, video pesawat terhempas - PTU
Beliau berkata, ini merupakan kejadian pertama melibatkan pesawat pejuang Hornet terhempas akibat pelanggaran dengan burung.
Susulan insiden tersebut, katanya operasi pesawat F/A-18D Hornet yang digantung sementara kini disambung semula berkuat kuasa hari ini.
Dalam kejadian 21 Ogos itu, juruterbang dan jurusensor senjata sempat melaksanakan prosedur kecemasan dengan selamat, iaitu keluar menggunakan kerusi lontar sebelum pesawat itu terhempas.
Juruterbang Mejar Azhar Alang Kamarudin, 34, mengalami kecederaan pada kaki manakala jurusensor senjata, Kapten Mohamad Izzuddin Mohamad Salleh, 28, hanya mengalami lebam.
Kedua-dua anggota kini dalam proses pemulihan dan dijangka kembali bertugas pada 2 Oktober ini.