awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurus, operator kilang kelapa sawit ditahan susulan pencemaran Sungai Sayong
Gempa bumi sederhana landa Laut Jawa
Matahari muncul semula - Holgado
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas pesawat Hornet TUDM: Lembaga siasatan peroleh perakam data, video pesawat terhempas - PTU

Bernama
Bernama
25/08/2025
07:22 MYT
Nahas pesawat Hornet TUDM: Lembaga siasatan peroleh perakam data, video pesawat terhempas - PTU
Norazlan (tengah) berkata beberapa petunjuk awal dikenal pasti, namun pihaknya tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut sehingga siasatan selesai. - Gambar fail/Astro AWANI
KUANTAN: Lembaga siasatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah memperoleh perakam data penerbangan dan perakam video pesawat pejuang F/A-18D Hornet yang terlibat dalam kemalangan di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah di sini, Khamis lepas.

Ringkasan AI
  • TUDM telah memperoleh perakam data dan video pesawat yang terhempas di Kuantan, namun maklumat lanjut belum didedahkan kerana siasatan masih berlangsung.
  • Juruterbang Mejar Mohamad Azhar dijangka pulang selepas rawatan susulan, manakala Kapten Mohamad Izzuddin masih dalam pemerhatian akibat kecederaan di bahagian perut.
  • Kedua-dua pegawai sempat keluar menggunakan kerusi lontar sebelum pesawat terhempas semasa latihan penerbangan malam.

Panglima Tentera Udara Jen Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata beberapa petunjuk awal juga dikenal pasti, namun pihaknya tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut sehingga siasatan selesai.
"Setakat ini siasatan masih berjalan dan saya tidak boleh memberikan sebarang maklumat sehingga siasatan selesai," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mengulas keadaan dua pegawai TUDM yang terlibat dalam kemalangan terbabit, beliau berkata juruterbang Mejar Mohamad Azhar Alang Kamarudin, 34, dijangka dibenarkan pulang ke kampung halamannya di Ipoh, Perak, selepas menjalani rawatan susulan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur hari ini.
Bagaimanapun jurusensor senjata pesawat, Kapten Mohamad Izzuddin Mohamad Salleh, 28, masih dalam pemerhatian doktor kerana mengalami kesakitan di bahagian perut.
Muhamad Norazlan berkata tempoh rehat mereka akan ditentukan berdasarkan nasihat doktor.
Dalam insiden 9.05 malam Khamis, Mohamad Azhar dan Mohamad Izzuddin sempat melaksanakan prosedur kecemasan dengan selamat, iaitu keluar menggunakan kerusi lontar sebelum pesawat itu terhempas.
Insiden itu berlaku ketika pesawat berkenaan sedang melakukan rutin latihan penerbangan malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nahas Hornet TUDM
#perakam data penerbangan
#Lembaga Siasatan
#panglima tentera udara
#video terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan