MALAYSIA
Nahas lima penuntut IKM: Siasatan awal polis dapati MPV dipandu laju
Kelima-lima mangsa berusia dalam lingkungan 20-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. - Foto fail/JBPM
TUARAN: Siasatan awal polis mendapati kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabit dalam kemalangan maut lima penuntut Institut Kemahiran MARA (IKM) di Jalan Gayang semalam, dipandu laju sebelum hilang kawalan dan merempuh sebuah lori membawa muatan batu.
Ketua Polis Daerah Tuaran Supt Noraidin Ag Maidin berkata, kenderaan yang dinaiki mangsa dari arah Kota Kinabalu menuju ke Kota Belud dipercayai telah hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.
"Keadaan itu menyebabkan MPV berkenaan merempuh lori membawa muatan batu dari arah Tuaran menuju ke Kota Kinabalu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kesemua mangsa yang tersepit di dalam kenderaan berjaya dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tuaran sebelum mayat mereka dibawa ke Hospital Tuaran untuk bedah siasat.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan setakat ini polis telah merakam percakapan beberapa individu bagi membantu siasatan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Tuaran Insp. Haffiz di talian 011-61600964 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
Dalam kejadian pada 2.09 petang semalam, lima penuntut lelaki berusia lingkungan 20-an maut di tempat kejadian selepas MPV yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler.
-- BERNAMA