Anggota keluarga mangsa kemalangan maut di Lebuhraya Pantai Timur Fasa II (LPT2) meminta supaya diberikan masa dan ruang untuk mereka bertenang sehingga keadaan benar-benar reda.
Mohd Aziruddin Majid, adik ipar Mahani Ngah yang meninggal dunia bersama lima yang lain berkata mereka memerlukan sedikit masa untuk bertenang dan menghadapi situasi tersebut memandangkan semua anggota keluarga terutama mangsa yang terlibat masih lagi trauma.
"Sekarang ni semua mangsa masih lagi trauma, terutamanya suami Mahani (Ahmad Nasal Abd Rahman)... jadi buat masa sekarang, eloklah kalau semua pihak tidak mengganggu keluarga kami terutamanya mangsa yang terlibat.
"Bila ada pihak yang berjumpa dan bertanya berkaitan kejadian tersebut kepada mangsa, ianya akan menimbulkan kembali trauma. Semalam pun, ramai yang tanya hal kejadian dengan Ahmad Nasal sehinggakan beliau jadi semakin trauma dan menangis-nangis mengenangkan kejadian itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Mohd Aziruddin berkata Ahmad Nasal, 52, yang merupakan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) semasa kemalangan maut itu sudah dibenarkan keluar dari Hospital Kemaman petang semalam.
Tiga lagi anaknya Quratul Ain, 14, Ahmad Shakir, 12, dan Ahmad Mukriz, 3, yang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dilaporkan semakin stabil dan menunjukkan perkembangan positif.
"Alhamdulillah, Ahmad Nasal dah dibenarkan pulang...pagi tadi, kakak saya bagitahu kemungkinan Ahmad Shakir dan Ahmad Mukriz juga akan dibenarkan pulang hari ini manakala keadaan Quratul Ain juga semakin baik dan sudah mula dapat disuap bubur," katanya.
Mohd Aziruddin berkata meskipun reda dengan kejadian tersebut, keluarganya memerlukan masa untuk menerima dugaan tersebut.
"Memang kami reda dan menganggap ini ujian buat keluarga kami...tapi kami memerlukan sedikit masa sebab banyak benda yang terpaksa kami tangguhkan dahulu...macam sekarang ini, kami masih belum dapat beritahu anak-anak Mahani yang ibunya serta dua lagi adik-beradik meninggal sebab masanya belum sesuai.
"Setiap kali bangun daripada tidur dan teringatkan ibunya, Ahmad Shakir pasti akan tanya 'mana ibu saya...macam mana keadaan ibu saya'. Memang luluh rasanya hati ini, tapi kami terpaksa berdalih dan tidak memberitahu keadaan sebenar sehingga dia benar-benar pulih," katanya.
Aziruddin berkata Ahmad Nasal yang juga merupakan seorang guru kini berada di HSNZ untuk menjaga anak-anaknya yang masih dirawat.
"Dia (Ahmad Nasal) masih banyak menangis setiap kali teringatkan kejadian tersebut dan dia sering mengucapkan perkataan 'saya minta maaf atas apa yang berlaku' kepada anggota keluarga," katanya.
Kemalangan ngeri di Kilometer 288.6 LPT2 Ahad lalu melibatkan 10 anggota keluarga itu berlaku selepas susur keluar Plaza Tol Chukai, kira-kira pukul 6 petang apabila MPV jenis Hyundai Starex yang dipandu Ahmad Nasal hilang kawalan ekoran satu tayar hadapan pancit lalu merempuh pembahagi jalan sebelum melanggar tiang jejantas.
Selain isteri dan dua anak Ahmad Nasal (Quratulnisa, 11, dan Ahmad Nijat, 9), turut terkorban ialah abangnya iaitu Ahmad Razif Abdul Rahman, 63, bersama isteri Pauziyah Awang, 56, serta cucu mereka Sofea Adriana Shahruddin, 7. -- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 14 2016
Anggota keluarga mangsa kemalangan maut di LPT2 meminta supaya diberikan masa dan ruang untuk mereka bertenang sehingga keadaan benar-benar reda. -Gambar fail
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Nahas LPT2: 'Beri kami masa dan ruang privasi'
Anggota keluarga mangsa kemalangan maut di Lebuhraya Pantai Timur Fasa II (LPT2) meminta supaya diberikan masa dan ruang untuk mereka bertenang sehingga keadaan benar-benar reda.