awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Firefox bakal hadir dengan ciri mematikan fungsi AI
Banjir: Sumatera Barat tamatkan status darurat, fokus fasa pemulihan pasca bencana
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas ngeri Ayer Keroh: Tujuh mangsa masih dirawat, dua di ICU

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
25/12/2024
05:30 MYT
Nahas ngeri Ayer Keroh: Tujuh mangsa masih dirawat, dua di ICU
Nahas lima kenderaan di KM204 lebuh raya PLUS meragut tujuh nyawa, termasuk lima sekeluarga. -Gambar fail
MELAKA TENGAH: Tujuh mangsa nahas ngeri melibatkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Ayer Keroh Isnin malam, masih dirawat di Hospital Melaka.

Ringkasan AI
  • Tujuh mangsa nahas melibatkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran R&R Ayer Keroh masih dirawat di Hospital Melaka, dengan dua di ICU.
  • Mangsa termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan pemandu treler.
  • Nahas melibatkan lima kenderaan iaitu lori Foton, bas persiaran, Perodua Bezza, treler Nissan, dan MPV Toyota Estima. Tujuh mangsa termasuk lima sekeluarga terkorban dalam kejadian ini.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, daripada jumlah itu, dua daripada mereka masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.
Katanya, ia melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang juga anak sulung kepada pasangan suami isteri yang terkorban dalam nahas itu, serta pemandu treler muatan pakaian terpakai.
“Semua tujuh mangsa itu membabitkan empat warga Singapura dan tiga rakyat tempatan, dan juga dua lagi mangsa berada di hospital swasta.
“Mangsa kanak-kanak yang berada di ICU Hospital Melaka akan menjalani pembedahan hari ini manakala adik perempuannya dirawat di wad biasa,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, katanya, prosedur pembedahan terhadap pemandu treler juga akan dilakukan bergantung kepada keadaan semasa mangsa.
[INFOGRAFIK] Kronologi nahas Ayer Keroh
Dalam nahas menyayat hati itu, tujuh mangsa termasuk lima sekeluarga terkorban dalam nahas melibatkan lima kenderaan iaitu lori Foton, bas persiaran, Perodua Bezza, treler Nissan, dan MPV Toyota Estima.
Mereka yang maut ialah pemandu dan penumpang Toyota Estima, Khairul Ikhwan Mazupi, 32, bersama isteri, Fadzlenna Ramli, 32; serta anak bongsu mereka, Muhammad Umar, 2; dan ibu serta ayah Fadzlenna, Ramli Ab Wahab, 66, dan Fauziah Jaafar, 69.
Turut terkorban dalam nahas itu ialah pemandu bas pelancong, Noorisnien Khamid, 56, dan penumpang bas persiaran warga Singapura Lamrah Asid Ali, 66.
Topic Berkaitan
#Nahas Ayer Keroh
#Lebuhraya Utara Selatan
#langgar tayar lori
#Ngwe Hee Sem
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan