SUBANG JAYA: Pendedahan bagi kes nahas Pesawat Sabah Air pada 6 Jun 1976 dibuat mengikut apa yang terkandung di dalam laporan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Ujarnya, kerajaan mengambil pendekatan secara telus terhadap laporan yang kini dibuat secara terbuka.
"Kita lapor apa yang terkandung dalam laporan, jadi saya tidak mahu tokok tambah apa-apa sebab kita ambil pendekatan secara telus.
"Tidak adil juga untuk saya berikan komen kerana itu merupakan laporan 47 tahun yang lalu yang tidak pernah didedahkan sehingga hari ini.
"Laporan itu kita dedah khususnya untuk rakyat Sabah dan juga keluarga mangsa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selapas menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Rapid Rail di sini pada Rabu.
Laporan itu pada Rabu menyatakan tiada unsur sabotaj, letupan atau kebakaran dalam nahas pesawat berkenaan yang turut mengorbankan Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Fuad Stephens.
Demikian antara dapatan siasatan dalam Laporan Akhir Siasatan Kemalangan Udara Nahas Pesawat Sabah Air yang didedahkan kepada umum bermula hari ini.
BACA: Laporan akhir nahas Sabah Air 1976: Ini fakta yang anda perlu tahu
Laporan itu juga meragui pengalaman juruterbang kerana berdasarkan rekod perkhidmatannya sebelum itu, prestasinya dalam menerbangkan pesawat adalah sangat buruk.
Dalam laporan itu menyebut, juruterbang juga dalam keadaan di bawah tekanan untuk kembali ke Kota Kinabalu dari Labuan, kerana sakit dan mungkin sedikit kepenatan.
Selain itu, laporan itu menyatakan tiada bukti mengaitkan nahas itu dengan kerosakan awal pada enjin atau kerana pesawat tidak diselenggara sebaiknya.
Nahas yang juga dikenali sebagai Tragedi Double Six mengorbankan 11 orang termasuk Menteri Kewangan negeri Datuk Salleh Sulong; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Peter Mojuntin serta Menteri Kerja Raya dan Komunikasi negeri, Datuk Chong Tien Vun.
Hilmi Malik
Wed Apr 12 2023
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook hadir membuat lawatan kerja di ruangan selenggara di Kompleks Rapid Rail Lembah Subang hari ini. - Foto BERNAMA
Malaysia mungkin perlu import lebih banyak gas jika tidak alih kepada tenaga mampan - Rafizi
Malaysia mungkin berdepan keperluan mengimport lebih banyak gas bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik pada tahun-tahun akan datang.
Dron bawah laut mirip ikan pari
Manta Ray dibangunkan sebagai projek dron bawah laut yang boleh beroperasi tanpa sebarang campur tangan manusia.
Lebih 10,000 kes jenayah komersial direkodkan sejak Januari 2024
Sejumlah 10,106 kes jenayah komersial direkodkan melibatkan kerugian melebihi RM866 juta bermula Januari hingga 28 April tahun ini.
Pelaburan Microsoft cerminkan keyakinannya terhadap potensi digital Malaysia
Pelaburan tunggal terbesar Microsoft sebanyak AS$2.2 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang mencerminkan keyakinannya terhadap potensi digital Malaysia.
Isu gandar: JPJ umum 600 unit Chery Omoda 5 dipanggil semula
Langkah itu bagi menyiasat dan mendapatkan maklumat lanjut demi memastikan keselamatan pemilik kenderaan serta pengguna jalan raya.
15 penaja warnai saingan Liga-M - Stuart
12 daripada penaja telah dimuktamad setakat ini, sementara tiga lagi akan dimeterai menjadikan jumlah penajaan lebih besar berbanding musim sebelumnya.
AWANI Ringkas: Kedudukan indeks kebebasan media Malaysia jatuh 34 tangga
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perkeso laksana jerayawara bermula Isnin, beri penerangan caruman SKSSR
Perkeso akan melaksanakan jerayawara bermula Isnin ini bertujuan memberi penerangan mengenai kaedah penajaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).
10,106 kes jenayah komersial dicatat sejak Januari-April, libat kerugian RM866 juta
Sejumlah 10,106 kes jenayah komersial direkodkan melibatkan kerugian melebihi RM866 juta bermula Januari hingga 28 April tahun ini.
Sindiket tipu pelaburan di TikTok tumpas, lapan ditahan
Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka yang ditahan berumur lingkungan 21 hingga 43 tahun.
Tragedi Double Six: Sabah Air beroperasi tanpa kelulusan - Laporan Australia
Sabah Air, syarikat pengendali pesawat Nomad N-22B yang terhempas dalam tragedi Double Six pada 6 Jun 1975 didapati beroperasi secara tidak sah, menurut laporan tribunal Australia.
Nahas Sabah Air: Pendedahan dibuat mengikut apa yang dilaporkan - Anthony Loke
Pendedahan bagi kes nahas Pesawat Sabah Air pada 6 Jun 1976 dibuat mengikut apa yang terkandung di dalam laporan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Tragedi Double Six: Laporan akhir nahas Sabah Air didedah minggu depan - PM
Jemaah Menteri bersetuju untuk mendedahkan laporan akhir nahas Sabah Air pada 6 Jun 1976 yang mengorbankan pemimpin-pemimpin utama negeri Sabah ketika itu.