awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas trak FRU: Penghormatan terakhir untuk semua mangsa selesai

Bernama
Bernama
13/05/2025
21:10 MYT
Nahas trak FRU: Penghormatan terakhir untuk semua mangsa selesai
Waris dan kenalan mangsa mengaminkan doa selepas menunaikan solat jenazah kepada tujuh anggota FRU yang meninggal dunia akibat nahas jalan raya pada Istiadat Penghormatan Terakhir di FRU Unit 5, Sungai Senam, Ipoh, 14 Mei 2025. --fotoBERNAMA
IPOH: Sembilan jenazah dan jasad anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Teluk Intan semalam selesai diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di FRU Unit 5, Sungai Senam di sini pada 3.46 pagi ini.

Ringkasan AI
  • Sembilan anggota FRU terkorban dalam kemalangan jalan raya di Teluk Intan selepas kenderaan dinaiki mereka dirempuh lori membawa batu semasa dalam perjalanan pulang ke Ipoh.
  • Istiadat penghormatan terakhir dijalankan mengikut protokol rasmi PDRM di FRU Unit 5, Sungai Senam, dengan keranda dilitup Jalur Gemilang dan solat jenazah diadakan bagi tujuh anggota beragama Islam.
  • Lebih 500 orang hadir menyaksikan istiadat perpisahan termasuk waris mangsa dan pegawai kanan polis, sebelum jenazah dibawa ke lokasi masing-masing untuk dikebumikan.

Diberikan istiadat kepahlawanan PDRM, kesemua keranda jenazah dan jasad yang tiba pada 3.13 pagi dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak itu dilitup dengan bendera Malaysia, Jalur Gemilang.
Tujuh jenazah anggota FRU yang beragama Islam kemudian disolatkan di Surau Al-Mustakim diimamkan oleh Ustaz Azrul Zaimi Muhammad Ali.
Terdahulu, jenazah dan jasad kesemua anggota FRU itu dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan pada 12.33 tengah malam selepas selesai bedah siasat sebelum tujuh jenazah beragama Islam disolatkan di surau IPD Hilir Perak.
Lebih 500 waris mangsa dan anggota polis menyaksikan perjalanan terakhir perwira negara itu. Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin.
Van jenazah membawa mangsa nahas jalan raya membabitkan anggota FRU di Jalan Chikus-Sungai Lampam dibawa keluar untuk penghormatan terakhir di Markas Unit 5, FRU Sungai Senam, Ipoh selepas selesai disolatkan di Surau Ar-Rahman, IPD Hilir Perak pagi ini. --fotoBERNAMA

Anggota FRU mengusung keranda jenazah rakan mereka yang terkorban akibat kemalangan pada sesi penghormatan terakhir serta istiadat kepahlawanan PDRM di Surau Al-Mustaqim FRU 5, Ipoh, 14 Mei 2025. --fotoBERNAMA

Jemaah menunaikan solat jenazah kepada tujuh anggota FRU yang meninggal dunia dalam nahas jalan raya di Teluk Intan pada Istiadat Penghormatan Terakhir di FRU Unit 5, Sungai Senam, Ipoh, 14 Mei 2025. --fotoBERNAMA

Selesai istiadat di FRU Unit 5, Sungai Senam, jenazah dan jasad anggota FRU itu dibawa ke lokasi masing-masing untuk dikebumikan.
Insiden pada kira-kira 8.50 pagi Selasa itu menyaksikan sembilan anggota FRU terkorban apabila kenderaan dinaiki mereka, yang dalam perjalanan ke Ipoh selepas satu penugasan di Teluk Intan, dirempuh lori membawa muatan batu menyebabkan lapan maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Teluk Intan.
Penghormatan terakhir untuk semua mangsa selesai
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nahas trak FRU
#Teluk Intan
#penghormatan terakhir
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami