NATIONAL
Nahas trak FRU: Waris terima pampasan dan bantuan hingga RM269,700

Ayob Khan (tengah) pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak hari ini. - Gambar Bernama
TELUK INTAN: Waris kepada sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini pagi tadi akan menerima bantuan kewangan antara RM58,000 hingga RM269,700.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata bantuan kewangan berkenaan akan disalurkan secepat mungkin melalui beberapa tabung kebajikan termasuk pampasan insurans.
Ayob Khan berkata waris kepada anggota yang meninggal dunia akan mendapat bantuan kewangan daripada Tabung Kebajikan sebanyak RM1,200, Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (RM25,000) dan skim ex gratia bencana kerja PDRM (RM20,000).
"Waris turut akan menerima sumbangan kewangan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak sebanyak RM11,000 dan bagi anggota yang mencarum dalam koperasi PDRM akan menerima bantuan khairat kematian (RM1,500) dan pampasan insurans bernilai antara RM36,000 hingga RM211,000 mengikut caruman masing-masing," katanya.Dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini hari ini, Ayob Khan turut memaklumkan anggota yang cedera pula menerima pampasan dan bantuan kewangan, namun tertakluk kepada penilaian pakar perubatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami