awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Murid sekolah tak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan - KPM
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Naik taraf jalan Bera-Temerloh wajar diteruskan ke sempadan Negeri Sembilan - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
11/04/2021
07:12 MYT
Naik taraf jalan Bera-Temerloh wajar diteruskan ke sempadan Negeri Sembilan  - Ismail Sabri
Ismail Sabri menunjukkan gambar sebelum dan selepas pembinaan jalan pada majlis Penyerahan Projek Naik Taraf Jalan Dari Kampung Chuat ke Kampung Bukit Imam Sulong hari ini.- Foto BERNAMA
BERA: Pejabat Parlimen Bera akan memohon peruntukan daripada kerajaan Pusat sebanyak RM350 juta bagi menaik taraf laluan dari Bera di negeri itu ke sempadan Negeri Sembilan.
Ahli Parlimennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, laluan tersebut merupakan jalan alternatif untuk ke Negeri Sembilan, Melaka dan Johor tanpa melalui Kuala Lumpur.
Menurutnya, jalan alternatif sepanjang 23 kilometer tersebut bukan sahaja memendekkan masa perjalanan tetapi juga mampu mengelak kesesakan jika melalui ibu negara.
"Kita menganggarkan kos untuk menaik taraf laluan sejauh 23 kilometer (km) itu sekitar RM350 juta dan jika tidak dapat dibuat hingga ke sempadan Negeri Sembilan, kita harap kerajaan boleh mempertimbangkan pelaksanaannya hingga ke Kemayan (di Bera) bagi boleh menjimatkan kos.
"Laluan itu dilihat boleh mengurangkan kesesakan di lebuh raya ke Kuala Lumpur terutamanya di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Bentong pada musim perayaan. Malah, jalan itu juga semakin diketahui orang awam menyebabkannya sibuk pada hujung minggu," katanya.
Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Projek Menaik taraf Jalan Kampung Chuat ke Kampung Imam Sulong di Kampuang Chuat di sini hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang Ir Ahmad Azizi Ismail.
Mengulas mengenai Jalan Kampung Chuat ke Kampung Bukit Imam Sulong, beliau berkata, projek pembinaan jalan perkampungan Orang Asli itu, yang bermula sejak Ogos 2014, siap sepenuhnya Disember tahun lalu.
Jalan sepanjang 4.1 kilometer tersebut yang menelan belanja sebanyak lebih RM3 juta memudahkan pergerakan keluar masuk lebih1,500 penduduk sekitar.
Sementara itu katanya, dua lagi jalan ke perkampungan Orang Asli melibatkan Kampung Serting Hilir telah siap dibina; manakala Kampung Bongkok masih dalam pembinaan, dengan masing-masing melibatkan kos RM5 juta.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#laluan Bera- Temerloh
#Bera Pahang
#laluan ke Selatan
#temerloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan