KUALA LUMPUR: Persatuan perniagaan termasuk pengusaha restoran membantah tindakan FOMEMA Sdn Bhd (FOMEMA) menaikkan kadar yuran dan kekerapan pemeriksaan perubatan pekerja asing kerana keputusan itu dibuat tanpa sebarang perbincangan dengan pihak berkepentingan.
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) serta Dewan Perniagaan dan Industri India Muslim Malaysia (MIMCOIN) dalam kenyataan sama memaklumkan, pihak persatuan hanya mengetahui kenaikan yuran kesihatan setiap tahun untuk pekerja apabila melawati laman sesawang FOMEMA.
"Soalannya, apakah rasionalisi di sebalik keputusan tersebut? Pihak persatuan perniagaan juga rasa terkilan kerana sehingga kini, tiada pengumuman rasmi daripada pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan berhubung kenaikan yang dibuat oleh FOMEMA yang telah berkuat kuasa mulai 16 Dis tahun lepas.
"Sebelum ini, pekerja asing perlu membuat pemeriksaan kesihatan sehingga tiga tahun secara berterusan dan tidak perlu melakukan sebarang pemeriksaan kesihatan sehingga tujuh tahun. Ia kemudian ditukar kepada setiap tahun secara berselang-seli, bermaksud jika tahun ini sudah buat, tahun depan tidak perlu tetapi kini FOMEMA menukar pula kepada setiap tahun.
"FOMEMA juga secara unilateral menaikkan yuran sebanyak 10 peratus kepada 14 peratus dan dengan kira-kira dua juta pekerja asing, majikan perlu menanggung kos kira-kira RM414 juta setahun untuk pemeriksaan perubatan FOMEMA bagi pekerja asing," menurut kenyataan itu.
Justeru, persatuan perniagaan menggesa pihak berkaitan mengadakan perbincangan atau konsultasi terlebih dahulu dengan pemegang taruh sebelum membuat sebarang keputusan atau perubahan.
"Kami membantah keputusan tersebut dan menyeru FOMEMA mengekalkan yuran dan kekerapan pemeriksaan kesihatan untuk pekerja asing seperti dahulu," menurut kenyataan itu.
Kenyataan sama turut menjelaskan bahawa yuran pemeriksaan perubatan pekerja asing yang dicaj oleh FOMEMA ialah RM190 bagi lelaki dan RM207 untuk wanita meliputi saringan HIV, Hepatitis B, sifilis dan kehamilan termasuk penggunaan opiat serta kanabis.
"Yuran kemudian dinaikkan kepada RM207 bagi lelaki dan RM217 bagi perempuan serta diperluas kepada tiga kategori baharu iaitu filariasis (cacing gelang), Hepatitis C dan metamfetamina.
"Kami difahamkan bahawa negara seperti Emiriah Arab Bersatu dan Singapura yang mempunyai ramai pekerja asing tidak mengamalkan perkara seperti ini, ujian saringan kesihatan di kedua-dua negara adalah dua tahun sekali. Kami juga ingin menyeru FOMEMA mengkaji semula perkara ini.
"Satu salinan laporan ujian kesihatan juga sepatutnya perlu diberikan kepada majikan supaya majikan boleh simpan untuk rujukan. Pada masa ini, FOMEMA tidak memberikan salinan laporan ujian baik kepada pekerja mahupun majikan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2024
Persatuan perniagaan termasuk pengusaha restoran membantah tindakan FOMEMA menaikkan kadar yuran dan kekerapan pemeriksaan perubatan pekerja asing kerana keputusan itu dibuat tanpa sebarang perbincangan dengan pihak berkepentingan. - Gambar hiasan
McDonald's Malaysia bersama Palestin, derma RM1 juta kepada tabung kemanusiaan
Azmir berkata pekerja restoran makanan segera itu telah mengumpul dana lebih RM100,000 untuk membantu mereka yang terjejas di Palestin.
Polis tembak mati dua lelaki di R&R Tanjung Malim
PDRM mengesahkan dua lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Hentian Sebelah Tanjung Malim arah utara, Perak.
Airbus beri amaran, isu Boeing boleh jejas seluruh industri
Masalah teknikal yang sedang dihadapi pengeluar pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing boleh membebankan seluruh industri penerbangan.
Menurut pesaing utamanya, Airbus, masalah Boeing boleh menyebabkan lebih ramai orang mempersoalkan berkenaan keselamatan dan nasib penumpang di dalam penerbangan.
Menurut pesaing utamanya, Airbus, masalah Boeing boleh menyebabkan lebih ramai orang mempersoalkan berkenaan keselamatan dan nasib penumpang di dalam penerbangan.
Indonesia tahan buruan Thailand paling dikehendaki di Bali
Polis Indonesia (Polri) telah menahan Chaowalit Thongduang, buruan paling dikehendaki di Thailand di Bali pada pagi Khamis.
Dia yang juga dikenali sebagai Sia Paeng Nanod dikehendaki selepas melarikan diri selama tujuh bulan.
Dia yang juga dikenali sebagai Sia Paeng Nanod dikehendaki selepas melarikan diri selama tujuh bulan.
Konflik Gaza cabar nurani setiap manusia - Khaled Nordin
Konflik di Gaza telah mencabar nurani sebagai seorang manusia serta menguji keberanian penduduk dunia untuk menentang dan mengutuk tindakan pembunuhan beramai-ramai di oleh Israel.
Konflik Gaza cabar hati nurani setiap manusia - Khaled Nordin
Malaysia kekal dengan pendirian menyokong gencatan senjata serta-merta dan menyambut baik sebarang cadangan yang membantu ke arah mencapai matlamat itu.
PRK Sungai Bakap: PKR Pulau Pinang serah senarai pendek nama calon
PKR Pulau Pinang menghantar senarai nama calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Tiada tangkapan terbaru
Tiada tangkapan terbaru dilakukan berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin yang meninggal dunia akibat dibunuh pada Disember lalu.
Program Jom Jalan Bersama NPC tarik lebih 200 penyertaan
Program 'Jom Jalan Bersama NPC' yang julung kali diadakan, berjaya menarik lebih 200 penyertaan dari kalangan bekas atlet, wartawan, anak muda dan orang ramai.
Kes bunuh Zayn Rayyan: Beri ruang polis siasat - KPN
PDRM meminta semua pihak memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Saran Fomema diletakkan bawah Perkeso - Kula Segaran
Ini supaya ia memudahkan pengurusan perubatan pekerja asing, kata Menteri Sumber Manusia.
Sistem biometrik saring pekerja asing dilaksana Februari 2018
Sistem Biometrik Pemeriksaan Saringan Kesihatan Pekerja Asing bertujuan menangani masalah pemalsuan identiti dijangka hanya akan berkuatkuasa sepenuhnya di seluruh negara pada Februari tahun depan.
Tifoid: Kebersihan pekerja asing sektor pembinaan juga perlu dipersoalkan - PRESMA
PRESMA mahu pihak berkuasa tidak menumpukan usaha mengekang penularan penyakit demam kepialu kepada pekerja asing di restoran sahaja.