awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NAIO kemuka cadangan undang-undang AI kepada Gobind hujung bulan

Bernama
Bernama
17/06/2025
21:45 MYT
NAIO kemuka cadangan undang-undang AI kepada Gobind hujung bulan
Gobind berkata NAIO telah ditugaskan untuk menyerahkan cadangannya mengenai perundangan AI bagi membantu membangunkan rangka kerja tadbir urus yang komprehensif. - Foto fail/BERNAMA
SEPANG: Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) akan mengemukakan cadangan mengenai undang-undang kecerdasan buatan (AI) kepada Kementerian Digital menjelang hujung bulan ini.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata NAIO telah ditugaskan untuk menyerahkan cadangannya mengenai perundangan AI bagi membantu membangunkan rangka kerja tadbir urus yang komprehensif.
"Kementerian Digital telah memulakan proses ini dengan mengadakan dialog dengan industri....dan sekarang kami sedang berinteraksi dengan semua kementerian dan agensi berkaitan.
"Sebaik sahaja saya mendapat cadangan daripada NAIO, kami akan mengemukakan kertas kerja kepada Kabinet. Kami akan mendapatkan nasihat daripada Kabinet apa yang perlu dilakukan seterusnya. Jika cadangan itu diluluskan dan diterima jemaah menteri, kami perlu mula menggubal rang undang-undang berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Portal RAI, di sini pada Selasa.
Pada Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Malaysia sedang mengkaji untuk membangunkan perundangan AI bagi menangani kerumitan undang-undang dalam era digital.
Katanya beliau telah menulis surat kepada Gobind mencadangkan mesyuarat antara Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan Kementerian Digital bagi memulakan perbincangan mengenai penggubalan undang-undang AI baharu.
Menurut Azalina, Malaysia tidak mempunyai undang-undang khusus memfokuskan pada AI memandangkan AI tidak beroperasi pada platform yang sama dengan teknologi tradisional.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#Rang Undang-Undang
#teknologi tradisional
#rangka kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami