awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib ada kuasa tolak keputusan kewangan 1MDB - Saksi

Bernama
Bernama
08/04/2025
13:15 MYT
Najib ada kuasa tolak keputusan kewangan 1MDB - Saksi
Pada 30 Okt tahun lepas, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mengarahkan Najib untuk membela diri selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadapnya. - Gambar fail/Reuters/Hasnoor Hussain
PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kuasa untuk menolak sebarang keputusan kewangan yang dibuat oleh Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman (CCID) R Rajagopal berkata ia adalah kerana sebarang keputusan yang mempunyai implikasi besar terhadap ekonomi negara perlu dirujuk kepada Najib dalam kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri ketika itu.
Saksi pembelaan ke-11 itu berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam perbicaraan bekas perdana menteri itu atas dakwaan penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion.
Muhammad Shafee: Apa yang berlaku sekiranya beliau (Najib) menolak keputusan itu?
Sepanjang perbicaraan berlangsung, mahkamah dimaklumkan bahawa Najib memegang tiga peranan utama dalam dana kekayaan negara itu, iaitu sebagai pemegang saham tunggal dalam kapasiti beliau sebagai Menteri Kewangan (kerana 1MDB) adalah syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan), Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB (BOA) dan Perdana Menteri ketika itu.
Ketika disoal lanjut, Rajagopal berkata sepanjang siasatan selama beberapa tahun berkaitan 1MDB, tiada bukti langsung yang menunjukkan Najib telah mengarahkan dana daripada syarikat itu dipindahkan bagi kegunaan peribadinya.
Rajagopal berkata sepanjang menjalankan siasatan yang diambil alihnya pada September 2015, beliau dan pasukannya tidak menerima sebarang arahan untuk menangguhkan atau menyekat siasatan terhadap 1MDB.
Muhammad Shafee: Sepanjang Datuk Seri Najib memegang jawatan, adakah anda atau pasukan anda menerima arahan untuk menangguhkan atau menyekat siasatan?
Rajagopal: Setahu saya, tiada.
Pada 30 Okt tahun lepas, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mengarahkan Najib untuk membela diri selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Najib, 71, sedang membela diri terhadap empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau ketika itu untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1MDB
#pengubahan wang haram
#Mahkamah Tinggi
#kes prima facie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan